Friday, 30 December 2011

form 4. oh -,- eh, Form 4?!



Assalamualaikum. Wah. lagi sehari lagi nak masuk Tahun 2012. hihi. Tak sangka lak aku dah nak masuk form 4.  Seolah-olah aku rasa macam budak kecil lagi. hahaha. Betul, memang tak sedia nak masuk alam baru. Yelah, dah nak besar kan. Mestilah acting like a Big Girl kan? Hmm. Aku takut aku tak mampu je. hahaha.

 Untuk form 4 ni, aku tak tahu ke mana arah ku tuju nanti. Agak stress memikirkan sekolah mana yang aku pilih untuk belajar. Mama ayah nak aku sekolah kesuma tapi beriya-iya p SMTKL hari tu. Macam nak aku p Teknik KL tu pulak. Sebab ada anak kawan ayah aku, Cik Koni. Ambil course yang sama laktu. Patu dok kata aku ni bakal menantu  Cik Koni. Oh please, tolonglah. Memanglah anak Cik Koni tu handsome, tapi entah ah. I don't have any feeling towards him. Perhaps I just love my only favourite BoyFriend. Sebab tulah, laki laki handsome dah tak layan. hihi

Okay, let me think my only one ambition. Wow, payah bobonar lah. Rasa macam nak jadi semua! Cita-cita aku banyak. Tak tahu lah apa nak jadi bila dah 20-an nanti. Tak tahu apa yang aku akan ceburi nanti. How? Payah sangat lah nak fikir cita-cita aku yang sebenar. Banyak sangat! Let me list one by one.


Akauntan- My beloved kakak cakap, akauntan ni hanya diperlukan satu sahaja di dalam sebuah syarikat. Cuba fikir, beribu orang nak jadi akauntan, tapi tak banyak syarikat di Malaysia ni ada. Mesti rugi kan kalau jadi Akauntan. Lainlah kalau-kalau my siblings nak buka syarikat kan? hahaha. *berangan



Forensik- Yang ni, aku minat gila-gila bila zaman aku release tension tengok CSI sebab pmr punya pasal lah. Haha. Yes, mang tension gila bila semua benda buat sebab PMR. Tengok CSI ni calm lah sikit. hihi. Aku teringin sangat nak jadi Forensik. Lain dari yang lain, most important, the experience! Orang lain tak dapat experience si Forensik ni. Namun, sayang. Science aku b. Aku takut aku takleh bawa subjek science je. huhu 

Chef- Hahaha. Niat sebenarnya, main-main je. Aku bukannya pandai masak pun. Masak yang simple-simple je ah yang mampu. Tapi, aku tertarik dengan bidang chef ni bila tengok Iron Chef. Wah, so creative when they decorate their presentation. haha, adore it! hmm, yelah. Chef kena belajar pasai kulinari whatever. Senior aku cakap, time belajar tu, mesti punya kena maki hamun. hahaha. Tu yang aku rasa aku tak sanggup.


Bertani- Hmm, actually, ni mang impossible. Sebab ayah aku tak kasi aku involve dengan pertanian ni. Ayah aku cakap,"Kalau kamu ada tanah untuk cucuk tanam, boleh lah. Masalahnya, kamu takde tanah pun. " hmm. Tapi aku minat ah. Bila aku tanam satu pokok tu kan. Bila dia tumbuh, Ya Allah. Bahagia gila! Best sangat bila tengok pokok tu tumbuh bila kita jaga dia dengan baik. :) hihi. Simpan jelah niat nak bertani ni


HAAAA, kan. banyak ah. Taktau mana satu nak pilih. Aku buntu, serius. Bila tanya orang lak, ikut kamu lah Zatie, hidup kamu. Tentukan lah mana yang terbaik. huhu. Benci jawapan yang tak membantu tu. Takpelah, pasni aku nak besar kan. So, kena decide sendiri. Zatie, jangan bergantung dengan orang yang kau sayang lagi k? Stand with your own leg. I know you can! YES! Insya Allah. Ameen

Saturday, 22 October 2011

port dickson

lalala~ berada di teluk kemang. semalam teman abang p interview. haha, kelakar betullah. baju kemeja dah jenama polo, seluar baru. bab tang kasut ni. aduhai, jalan 5 meter, terus tercabut tapak kasut. aduhai. sian betul abg kita ni. hihi, semalam best sangat! kita dapat berenang bersama dgn kakak & abang kita. rindu dorg! huhu. yelah, sebelum ni, kita asyik dok sorg je kat rumah tu. cuti ni, adalah geng :D hihi. pagi nanti, kita akan hirup udara segar di sini! and for the first time, kita nk p jogging tepi pantai! lalala~ tak sabarnya! haahahah. tunggu zatie, lagi dua jam. you must take a nap first! yes, my mom always tell that :D hahaha, tak tau lah. pagi2 buta macam ni, mesti tak boleh tidur. aiyoo, penyakit apa pulak ni ek? dan apa pulak ubatnya? haha. as usual, no answer can be. :) KITA HARAP sangat sangat pagi nnt kita akan cipta kenangan yg tidak dapat digantikan dengan hari hari lain. AMEEN

Thursday, 20 October 2011

MERDEKA!
alhamdulillah, PMR kita sudah pun habis 10 hari yang lepas. begitu cepat masa berlalukan? hari hari yang dinantikan telah pun berlalu. sekarang. kita menunggu hari kelahiran kita 5 hari lagi. yes, kita mang suka minta hadiah kat semua ORANG. dan mestilah ada sebabnya :') oh, kita nak nangis pula. huhu, kita rasa macam tahun ni tahun last kita sambut birthday kita. kita pun taktau kenapa kita rasa macam tu. agaknya, nak sampai lah kod? haha. dan sebab utama kita minta pun, sebab kita nak appreciate kawan kawan kita. kita nak sangat ingat kawan kawan kita sampailah kita mati. InsyaAllah, walaupun kita ni pelupa, kita akan sentiasa doa agar kita tak lupakan kawan kawan kita. Ameen. kita nak sangat balas jasa kawan kawan dengan mengingati mereka sepanjang hayat kita. kita takut, kita tak mampu. dan kita nak janji saat birthday kita nanti sekiranya ada kawan kawan kita tidak gemar dgn sikap kita, kita tak nak jumpa dia. sampailah kita takde nanti. bukan sebab kita benci kawan kawan kita, sebaliknya, kita tanak mereka mempunyai perasaan yg mencemuh diri kita. kita tanak macam tu. biarlah kita melarikan diri daripada menyakiti hati mereka. ye, kita sanggup :)

Friday, 9 September 2011

SBP? teknik? SMK? =.='

huwaaaa, trial aku dapat 3A 5B jeeeeeee. :'( sedih! jatuh gedebuk debuk bukkkk. sakit gila bila jatuh tu. haih, boleh ke masuk SBP yg aku mohon di SBPI Temerloh nanti? ya Allah, takutnya! huhu. how i can get 8A's if i still surf this internet?  heh, mmg tak dapatlah kalau kau terus-terusan macam ni zatie! nak raya, tapi tanak PMR. boleh ke? hahaha. 

anyway, aku ada buat permohonan Sekolah Teknik & Vokasional. manalah taw, kod kod aku dapat ciputtt je A tu. kenalah masuk Sek. Tek tuuu. huhu. tak pun ayah aku cakap masuk je sekolah biasa. ambil science. kan senang. aduhai >.< masalahnya, science aku sekarang pun tak dapat dapat A lagi. how i want to enter that class? arghhhhhh, TENSION! tak pernah pernah aku tension pasal pelajaran. why now? huhu. ni baru PMR, belum SPM! aduhai, bagaimanalah nasib aku nanti? no ideas. hanya Allah yang tahu. huhu

tarikh PMR?

4 OKT. 2011 : Bahasa Melayu kertas 1 & 2, Pendidikan Islam

5 OKT. 2011 : English paper 1 & 2, Geografi

6 OKT. 2011 : Science paper 1 & 2, Sejarah

 dan 10 OKT. 2011 : Mathematics paper 1 & 2, KHB ( Ekonomi Rumah Tangga )

aku ready? for sure, BELUMMMMMMMMMMM :'(

Tuesday, 30 August 2011

lalala~ MERDEKA RAYA! :)

yahooo, merdeka rayaaaa! hehe, alhamdulillah, bulan syawal sudah menjelang. kita patut sambut hari kemenangan ini dengan bertakbir yeeeee, bukan dgn budaya Cina iaitu enjoy main mercun. nauzubillah, minta dijauhkan.

moga moga merdeka tahun ni akan lebih bermakna dan rakyat M'sia kena menghargai pahlawan2 kita pada masa dahulu. one more thing, kita kena belajar sejarah dulu lah baru rasa jiwa ANAK MERDEKA! ;)

Sunday, 7 August 2011

Astaghfirullah Al-Azim



aku curi curi online hari ni! masyaAllah, memang aku budak yg degil. aku dah expected benda ni akan berlaku. huhu

 RAMADHAN KE 6

tadi aku p solat terawih dgn ayah. mama tak p, sbb ABC. hihi, bila otw ke surau berdekatan, mati mati aku ingat aku solat dgn makcik2, sebab mama tak ikut. alhamdulillah, ada gak budak kecil jiran aku datang teman. haha, aku pula jadi macam mak depa. depa tanya, kak ija, kenapa org solat lepas solat isyak? solat sunat ke? *ye, solat sunat dik. nama dia solat rawatib. macam mana niat solat sunat terawih? *kalau ikut umur adik, baca bahasa melayu pun boleh. sahaja aku solat sunat terawih makmuman dua rakaat kerana Allah Ta'ala. niat solat witir macam mana pula? * erk, sama je macam terawih tadi. cuma tukar witir. ingat solat witir dua salam satu! hahaha, jenuh aku nak jawab. aduhai, nasib nasib. tapi alhamdulillah, mereka membuat ku tersenyum hari ni setelah aku berpuasa tanpa sahur + niat. first time lak tu! huhu, mama suruh aku puasa gak without niat. i wonder sah or not? hmm, moga moga sah, AMEEN :)

Saturday, 30 July 2011

nasib badan...





haih, hari nilah last aku online. lepas ni aku dah tak boleh online sampailah pmr menjelang nanti. aduhai, memang payah lah nak jauhkan diri dari laptop ni. hmm, nak buat macam mana, mama dah tetapkan perjanjian sebegitu. tak boleh online, tak boleh baca novel. kena study memanjang. *tapi aku tak study pun. hahaha. memang aku ni ambil risiko. kalau aku dok relax macam ni. memang aku takan ke mana lah form 4 nanti. huhu. so how? aku tak tahulah. nak start belajar tang mana? math? aku dah penat. bi? aku tak reti nak buat essay. geografi? peta aku tak hafal. banyak betul kelemahan aku. boleh ke aku buat trial nanti? haih, nasib badan. kalau aku tak dapat straight A, harapan lah nak masuk asrama. kau dok jelah kesuma ni zati. huhu

tata diary :')

Wednesday, 20 July 2011

siapakah akan menjadi Juara Carta Cinta Maya?

Novel Juara Carta Cinta, Lynn Dayana

  • Aku + Kamu = Cinta Atas Awan <3 HAIQAL
  •  Mari Raikan Cinta! <3 HAQIEM * bekas kekasih
  • Kembali Sayangi Aku <3 ADNAN * bekas tunang

Tiga-tiga suka, sayang, cinta akan Maya. hahaha, hebatkan cinta Maya?  siapakah yang berjaya memiliki hatinya setelah dua tahun dia bersendirian tanpa berkasih?

Haiqal
semestinya HAIQAL si comel * muka babyface, hihi. karakternya sememangnya menarik! kalau aku jadi Maya pun, aku nak kahwin dgn Haiqal. huhu, moga-moga aku mendapat suami macam suami Maya! AMEEN, HAHAHA. [zatie! gatai nyaaa! huhu] Haiqal seorang anak sulung dan juga ANAK MAK. hahaha, maknya sangat menyayangi dia. dia suka sangat gaduh dgn Maya, gaduh-gaduh manja. hihi, comel betul dorg tu. memang secocok! sifat cool and pandai ambil hati memang ada dalam diri Haiqal. dia caring plus memahami! siapa tak nak lelaki sebegitukan? memang tak rugi Maya nikah mengejut dgn dia. haha :D part yang paling aku suka ialah Haiqal membawa Maya simple picnic di putrajaya. Ya Allah, romantiknya! yang paling kelakar dan mencuit hati, bila Maya kena sambar petir, tapi tak ada sebarang kecedaraan. setelah itu, Maya dikurniakan bayangan untuk menjejak seorang pembunuh wanita kejam. dengan sokongan penuh Haiqal, maya tabah, walaupun dia sendiri takut untuk menghadapinya.


Haqiem
dia menjadi kekasih Maya, dalam masa yang sama Maya telah bertunang dgn Adnan. hahaha, aku pun tak faham, kenapa Maya sanggup buat macam tu? hihi, setelah Haqiem dan Adnan dapat tahu Maya tu curang, mereka telah lepaskan Maya dengan serentak. Haqiem tidak lagi menghubungi Maya. setelah dua tahun, dengan kebetulannya, dia jadi jiran kiri Maya di Pangsapuri Avilla, tingkat tujuh. punya banyak petempatan kat Malaysia ni, kat sebelah rumah Maya gak jadi tempat tinggal dia. huhu, macam tak logik kan? Maya yang berumur 27 tahun sekarang memang cantik berbanding dgn dulu, montel&tembam. hihi. Haqiem pula bertekad untuk tidak melepaskan wanita idaman hatinya, Maya. maka, remuklah jiwa Maya bila kerap diasak!


Adnan
adnan pula ialah bekas tunang Maya. Adnan seorang pengongkong. hahahah, mungkin, sebab tu lah dia rasa selesa bila couple dgn Haqiem selama 2 tahun. hihi. Maya dapat tahu Adnan juga adalah jirannya juga. tapi jiran kiri yang telah pun berkahwin dgn Intan. Intan dapat tahu yang Maya tu Ex-tunang Adnan. Adnan pula dapat tahu bininya tu mandul, apa lagi! dia kejar Maya lah balik! haih, Agung betul cinta Maya. terlalu hebat sehinggakan dia sanggup mengambil Maya untuk menjadi isteri keduanya.


ya, NOVEL INI ADALAH NOVEL TERAKHIR SAYA BACA DAN TAK AKAN USIK LAGI MANA-MANA NOVEL. ITU JANJI SAYA DENGAN MAMA. hihi

Friday, 8 July 2011

tiba masanya aku mengejar cita-cita ku

Diari sayang, Tengku Syahran

Ye, aku tak perlu lagi fikir tentang cinta. aku sudah cukup terluka. aku tak perlukan cinta kalau boleh. sebagai manusia akhir zaman, aku mahu berjaya duniawi dan ukhrawi. aku nak cita-cita aku tercapai. how? aku kena belajar bersungguh-sungguh mulai esok. aku dah tak boleh leka lagi. 


Cita-cita aku untuk menjadi seorang FORENSICS perlu ku capai satu masa nanti. INSYAALLAH tercapai sekiranya hidup aku diredhai-Nya dan berkat usaha aku kelak. :') cuma, satu je aku tertanya-tanya. mampukah aku berjaya? huhu. hanya DIA yang tahu. hmm, kalau aku nak jadi forensics, aku kena study tentang bahan letupan, toksikologi, DNA dan analisis percik darah, serta patologi forensik dan antropologi bila dah masuk Boston University kat Massachusetts, USA. wow! ITU cita-cita aku yang terlalu aku impikan. nak tengok how views in Massachusetts?


Boston University


 

Boston, Massachusetts

 

Massachusetts State House

 

cantikkan? itulah impian aku kelak. insyaAllah, aku akan sampai juga kat sana! walaupun dalam mimpi, hahaha. sampai juga kan? walaupun science aku sekarang tak lah sehebat mana. tak bermana aku bodoh kan? so, aku rasa aku boleh jadi forensic science nanti. hehe. doakan aku ye, diari syg. :') 

 

Selamat malam, Diari! 

Thursday, 7 July 2011

UNGU-aku bukan pilihan hatimu

moga moga kamu bahagia :')

diariku, Tengku Syahran

ya Allah, aku redha. sekiranya dia tak ada jodoh dengan aku, mungkin ada orang yang lebih baik dari dia. ye, aku terlalu kecil untuk memikirkannya, tapi. dia telah mencuri hati aku sepenuhnya. walaupun, aku bertepuk sebelah tangan. aku tetap bahagia :) tapi tak apalah, dia dicipta bukan untuk aku. :') dia tak sesuai dgn aku. kami tak ada persamaan. aku berharap org yg dia suka dapat menghargai dia sebaik mungkin. AMEEN :')

selamat malam, diari

Saturday, 2 July 2011

1 sya'aban 1432 hijrah

My diary, Tengku Syahran

jeng jeng jeng. puasa aku tak ganti 4 hari lagi! dah masuk sya'aban. fuh, kalaulah esok aku mati, memang aku tak selamat dalam kubur nanti. huhu, bila aku nak ganti ek? hari ni? hahaha, harapanlah. dah lah penat berlari pagi tadi sempena 1MURID 1SUKAN walaupun 2.5km tapi saingan dia. fuh, tak terkata! payah bonaa nak kejar yang depan tu. saingan pun 18 tahun ke bawah. memang susah ler. huhu. nasib baik dapat sijil penyertaan. senang hati ni. :D

hari isnin jelah aku puasa kan? al least boleh kuruskan badan. kawan-kawan aku dah panggil aku gemuk balik. huhuhu. aku dah tak mau lah makan banyak-banyak. nanti tengku syahran pun tak suka kan? tak pasal pasal cinta kena tolak. hahaha. okey, aku dah nekad, nak DIET. YES! sahur kena makan roti gardenia kosong. buka puasa? hmm, nak makan roti gak? hahaha, aku sanggup ke? kang aku terkurus macam...? payah pula. langsung tak ada isi. hahaha. ;)

habis cerita tentang puasa, Tengku Syahran!

Friday, 1 July 2011

sebulan, 17 hari lagi (o.o)

My diary, Tengku Syahran

Tak lama lagi, aku dah nak trial PMR. aku? Tak baca buku lagi. Orang asyik dok tanya, Zati, dah ready for PMR? Kenapa tak ready lagi? Kan dah nak dekat trial. PMR pun tak lama lagi. Huhuhu, baru aku tahu betapa tensionnya tahun ni.

Adoi, ZATI! Wake up! Bila lagi kau nak baca buku? Takkan 24 hours before start exam kau baru nak belajar macam sebelum-sebelum ni? NO! Don't do like that anymore! Kau kena start sekarang zati! Harus! Wajib! Sejarah kau tu, bukannya dapat markah bagus sangat! Tercorot lagi. Sampai bila kau nak biarkan markah terus mcm tu je? Sampai bila zati??

Tak penat ke dapat result tak bagus? Kau tak cemburu ke tengok rakan-rakan kau berjaya? Tak cemburu ke zati? kau tak nak apa-apa perubahan dalam diri kau? mmg tak dapat kau p asrama tahun depan kalau kau terus-terus macam ni. Fikir-fikir lah zati oi. Aku nasihat je. HAHAHA, Beng betul aku ni. Nasib baik nasihat kat diri sendiri. :)

good night, My diary!

Wednesday, 29 June 2011

terindah :)

My diary, Tengku Syahran

Bestnya hari ni! arghhh, tak mahu hari ni berakhir begitu je :') Happy sangat! Thank you so much to my friends sebab support zati dari belakang! hahaha, aku yang malu tak tentu pasal. Kawan aku relax ja tangkap gambar dia. aku? Malu tak bertempat. huhu, sejak bila aku pandai malu ni? HAHAHA. Koko tadi pun best!

GROUP KANA menang no 1! Tak percaya betul aku. Menyesal pula aku bagi jawapan kakak RAMA-RAMA tu kat mana. hahaha. Dah menangkan, so KANA, belanja aku! :D hehehe. Petang tadi, lepas je balik koko, aku lepak kat kawasan rumah ZAFIRAH. Aku jalan jalan pakai basikal AMER FIRDAUS dgn ZAF. basikal bau kedai tuu! :D mahal. huhu. Lepas tu, aku tengok pula member aku main badminton sambil berbual bicara dgn zaf.

Time aku kusyuk sembang-sembang tu, ada pula sorang hamba Allah ni menunggang motor. HAHAHA, comel je dia pakai HELMET naik motor. Semangat betul! Tapi, tetiba time turun bukit tu, dia bawak laju. Nasib baik dia tak jatuh. Fuh, SELAMAT dia pandai kawal! huhu. Yang aku pula terpinga-pinga, 'Kenapa dgn dia? Dia okey tak?' hahaha.

Terima kasih kepada hamba Allah tu! Sampai sekarang dia boleh buat aku tersenyum sorang-sorang. Takut malam ni aku tak boleh tidur je sebab teringat peristiwa tu. hahaha. very ludicrous! ;)

GOOD NIGHT, Tengku Syahran :)

Sunday, 26 June 2011

akhirnya, siap juga blog aku!

My diary, Tengku Syahran

Waduh waduh! Sakitnya pinggang aku ni. Asyik mengadap komputer riba sambil baring atas katil. Haha. 25 JUN 2011, aku buat juga blog ni hah. Aku buat blog ni diam diam je. Tak mo sebar kan sekarang. Sebab blog aku tak lah secantik semegah kawan kawan aku punya. So, aku decide, blog NUR IZZATI AHMAD SAHRUL untuk share dgn diri aku je buat sementara waktu! hahaha. 
Susah juga kan nak buat blog ni? Kena ikut kreativiti. hmm, aku? kreatif? hahaha, seni aku asyik asyik dapat angka under 55, harapanlah kalau aku ni kreatif. huhu. Aku saja je nak buat blog. Sebab jealous baca org punya blog. Macam best je. Lagipun ramai dah terpengaruh dgn BLOGGER ni. Aku pun dah terikut. Alaa, tak apa. Untuk meluahkan, menceritakan tentang kisah hidup. Tak apa kan? moga moga aku tak buat perkara yang HALAL+HARAM='HALAM' AMEEN :)

good night my diary, Tengku Syahran!

Saturday, 25 June 2011

selamat hari lahir Nur Zafirah Khairi!

Wah, kau dah besar kan zaf? Aku tak besar besar lagi. haha. Aku berharap kau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Sorry gila lah, hari ni aku tak jumpa kau. Sebab aku tak sanggup p sekolah ambil report card. hahaha, result aku tak memuaskan lah. Hadiah kau pun aku tak beli lagi. haha, teruknya aku ni :) 

 Tapi jangan risau, aku as a friend, tak pernah lupakan kau! yes, aku janji. walaupun satu hari nanti kita akan berpisah kelak, aku tetap cari kau untuk hadir ke Hari Perkahwinan aku dengan Tengku Syahran nanti, hahaha :D Btw, HAPPY BIRTHDAY! Aku sayang kau, ZAF! :')