Wednesday, 29 June 2011

terindah :)

My diary, Tengku Syahran

Bestnya hari ni! arghhh, tak mahu hari ni berakhir begitu je :') Happy sangat! Thank you so much to my friends sebab support zati dari belakang! hahaha, aku yang malu tak tentu pasal. Kawan aku relax ja tangkap gambar dia. aku? Malu tak bertempat. huhu, sejak bila aku pandai malu ni? HAHAHA. Koko tadi pun best!

GROUP KANA menang no 1! Tak percaya betul aku. Menyesal pula aku bagi jawapan kakak RAMA-RAMA tu kat mana. hahaha. Dah menangkan, so KANA, belanja aku! :D hehehe. Petang tadi, lepas je balik koko, aku lepak kat kawasan rumah ZAFIRAH. Aku jalan jalan pakai basikal AMER FIRDAUS dgn ZAF. basikal bau kedai tuu! :D mahal. huhu. Lepas tu, aku tengok pula member aku main badminton sambil berbual bicara dgn zaf.

Time aku kusyuk sembang-sembang tu, ada pula sorang hamba Allah ni menunggang motor. HAHAHA, comel je dia pakai HELMET naik motor. Semangat betul! Tapi, tetiba time turun bukit tu, dia bawak laju. Nasib baik dia tak jatuh. Fuh, SELAMAT dia pandai kawal! huhu. Yang aku pula terpinga-pinga, 'Kenapa dgn dia? Dia okey tak?' hahaha.

Terima kasih kepada hamba Allah tu! Sampai sekarang dia boleh buat aku tersenyum sorang-sorang. Takut malam ni aku tak boleh tidur je sebab teringat peristiwa tu. hahaha. very ludicrous! ;)

GOOD NIGHT, Tengku Syahran :)

Sunday, 26 June 2011

akhirnya, siap juga blog aku!

My diary, Tengku Syahran

Waduh waduh! Sakitnya pinggang aku ni. Asyik mengadap komputer riba sambil baring atas katil. Haha. 25 JUN 2011, aku buat juga blog ni hah. Aku buat blog ni diam diam je. Tak mo sebar kan sekarang. Sebab blog aku tak lah secantik semegah kawan kawan aku punya. So, aku decide, blog NUR IZZATI AHMAD SAHRUL untuk share dgn diri aku je buat sementara waktu! hahaha. 
Susah juga kan nak buat blog ni? Kena ikut kreativiti. hmm, aku? kreatif? hahaha, seni aku asyik asyik dapat angka under 55, harapanlah kalau aku ni kreatif. huhu. Aku saja je nak buat blog. Sebab jealous baca org punya blog. Macam best je. Lagipun ramai dah terpengaruh dgn BLOGGER ni. Aku pun dah terikut. Alaa, tak apa. Untuk meluahkan, menceritakan tentang kisah hidup. Tak apa kan? moga moga aku tak buat perkara yang HALAL+HARAM='HALAM' AMEEN :)

good night my diary, Tengku Syahran!

Saturday, 25 June 2011

selamat hari lahir Nur Zafirah Khairi!

Wah, kau dah besar kan zaf? Aku tak besar besar lagi. haha. Aku berharap kau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Sorry gila lah, hari ni aku tak jumpa kau. Sebab aku tak sanggup p sekolah ambil report card. hahaha, result aku tak memuaskan lah. Hadiah kau pun aku tak beli lagi. haha, teruknya aku ni :) 

 Tapi jangan risau, aku as a friend, tak pernah lupakan kau! yes, aku janji. walaupun satu hari nanti kita akan berpisah kelak, aku tetap cari kau untuk hadir ke Hari Perkahwinan aku dengan Tengku Syahran nanti, hahaha :D Btw, HAPPY BIRTHDAY! Aku sayang kau, ZAF! :')