Saturday, 30 July 2011

nasib badan...





haih, hari nilah last aku online. lepas ni aku dah tak boleh online sampailah pmr menjelang nanti. aduhai, memang payah lah nak jauhkan diri dari laptop ni. hmm, nak buat macam mana, mama dah tetapkan perjanjian sebegitu. tak boleh online, tak boleh baca novel. kena study memanjang. *tapi aku tak study pun. hahaha. memang aku ni ambil risiko. kalau aku dok relax macam ni. memang aku takan ke mana lah form 4 nanti. huhu. so how? aku tak tahulah. nak start belajar tang mana? math? aku dah penat. bi? aku tak reti nak buat essay. geografi? peta aku tak hafal. banyak betul kelemahan aku. boleh ke aku buat trial nanti? haih, nasib badan. kalau aku tak dapat straight A, harapan lah nak masuk asrama. kau dok jelah kesuma ni zati. huhu

tata diary :')

Wednesday, 20 July 2011

siapakah akan menjadi Juara Carta Cinta Maya?

Novel Juara Carta Cinta, Lynn Dayana

  • Aku + Kamu = Cinta Atas Awan <3 HAIQAL
  •  Mari Raikan Cinta! <3 HAQIEM * bekas kekasih
  • Kembali Sayangi Aku <3 ADNAN * bekas tunang

Tiga-tiga suka, sayang, cinta akan Maya. hahaha, hebatkan cinta Maya?  siapakah yang berjaya memiliki hatinya setelah dua tahun dia bersendirian tanpa berkasih?

Haiqal
semestinya HAIQAL si comel * muka babyface, hihi. karakternya sememangnya menarik! kalau aku jadi Maya pun, aku nak kahwin dgn Haiqal. huhu, moga-moga aku mendapat suami macam suami Maya! AMEEN, HAHAHA. [zatie! gatai nyaaa! huhu] Haiqal seorang anak sulung dan juga ANAK MAK. hahaha, maknya sangat menyayangi dia. dia suka sangat gaduh dgn Maya, gaduh-gaduh manja. hihi, comel betul dorg tu. memang secocok! sifat cool and pandai ambil hati memang ada dalam diri Haiqal. dia caring plus memahami! siapa tak nak lelaki sebegitukan? memang tak rugi Maya nikah mengejut dgn dia. haha :D part yang paling aku suka ialah Haiqal membawa Maya simple picnic di putrajaya. Ya Allah, romantiknya! yang paling kelakar dan mencuit hati, bila Maya kena sambar petir, tapi tak ada sebarang kecedaraan. setelah itu, Maya dikurniakan bayangan untuk menjejak seorang pembunuh wanita kejam. dengan sokongan penuh Haiqal, maya tabah, walaupun dia sendiri takut untuk menghadapinya.


Haqiem
dia menjadi kekasih Maya, dalam masa yang sama Maya telah bertunang dgn Adnan. hahaha, aku pun tak faham, kenapa Maya sanggup buat macam tu? hihi, setelah Haqiem dan Adnan dapat tahu Maya tu curang, mereka telah lepaskan Maya dengan serentak. Haqiem tidak lagi menghubungi Maya. setelah dua tahun, dengan kebetulannya, dia jadi jiran kiri Maya di Pangsapuri Avilla, tingkat tujuh. punya banyak petempatan kat Malaysia ni, kat sebelah rumah Maya gak jadi tempat tinggal dia. huhu, macam tak logik kan? Maya yang berumur 27 tahun sekarang memang cantik berbanding dgn dulu, montel&tembam. hihi. Haqiem pula bertekad untuk tidak melepaskan wanita idaman hatinya, Maya. maka, remuklah jiwa Maya bila kerap diasak!


Adnan
adnan pula ialah bekas tunang Maya. Adnan seorang pengongkong. hahahah, mungkin, sebab tu lah dia rasa selesa bila couple dgn Haqiem selama 2 tahun. hihi. Maya dapat tahu Adnan juga adalah jirannya juga. tapi jiran kiri yang telah pun berkahwin dgn Intan. Intan dapat tahu yang Maya tu Ex-tunang Adnan. Adnan pula dapat tahu bininya tu mandul, apa lagi! dia kejar Maya lah balik! haih, Agung betul cinta Maya. terlalu hebat sehinggakan dia sanggup mengambil Maya untuk menjadi isteri keduanya.


ya, NOVEL INI ADALAH NOVEL TERAKHIR SAYA BACA DAN TAK AKAN USIK LAGI MANA-MANA NOVEL. ITU JANJI SAYA DENGAN MAMA. hihi

Friday, 8 July 2011

tiba masanya aku mengejar cita-cita ku

Diari sayang, Tengku Syahran

Ye, aku tak perlu lagi fikir tentang cinta. aku sudah cukup terluka. aku tak perlukan cinta kalau boleh. sebagai manusia akhir zaman, aku mahu berjaya duniawi dan ukhrawi. aku nak cita-cita aku tercapai. how? aku kena belajar bersungguh-sungguh mulai esok. aku dah tak boleh leka lagi. 


Cita-cita aku untuk menjadi seorang FORENSICS perlu ku capai satu masa nanti. INSYAALLAH tercapai sekiranya hidup aku diredhai-Nya dan berkat usaha aku kelak. :') cuma, satu je aku tertanya-tanya. mampukah aku berjaya? huhu. hanya DIA yang tahu. hmm, kalau aku nak jadi forensics, aku kena study tentang bahan letupan, toksikologi, DNA dan analisis percik darah, serta patologi forensik dan antropologi bila dah masuk Boston University kat Massachusetts, USA. wow! ITU cita-cita aku yang terlalu aku impikan. nak tengok how views in Massachusetts?


Boston University


 

Boston, Massachusetts

 

Massachusetts State House

 

cantikkan? itulah impian aku kelak. insyaAllah, aku akan sampai juga kat sana! walaupun dalam mimpi, hahaha. sampai juga kan? walaupun science aku sekarang tak lah sehebat mana. tak bermana aku bodoh kan? so, aku rasa aku boleh jadi forensic science nanti. hehe. doakan aku ye, diari syg. :') 

 

Selamat malam, Diari! 

Thursday, 7 July 2011

UNGU-aku bukan pilihan hatimu

moga moga kamu bahagia :')

diariku, Tengku Syahran

ya Allah, aku redha. sekiranya dia tak ada jodoh dengan aku, mungkin ada orang yang lebih baik dari dia. ye, aku terlalu kecil untuk memikirkannya, tapi. dia telah mencuri hati aku sepenuhnya. walaupun, aku bertepuk sebelah tangan. aku tetap bahagia :) tapi tak apalah, dia dicipta bukan untuk aku. :') dia tak sesuai dgn aku. kami tak ada persamaan. aku berharap org yg dia suka dapat menghargai dia sebaik mungkin. AMEEN :')

selamat malam, diari

Saturday, 2 July 2011

1 sya'aban 1432 hijrah

My diary, Tengku Syahran

jeng jeng jeng. puasa aku tak ganti 4 hari lagi! dah masuk sya'aban. fuh, kalaulah esok aku mati, memang aku tak selamat dalam kubur nanti. huhu, bila aku nak ganti ek? hari ni? hahaha, harapanlah. dah lah penat berlari pagi tadi sempena 1MURID 1SUKAN walaupun 2.5km tapi saingan dia. fuh, tak terkata! payah bonaa nak kejar yang depan tu. saingan pun 18 tahun ke bawah. memang susah ler. huhu. nasib baik dapat sijil penyertaan. senang hati ni. :D

hari isnin jelah aku puasa kan? al least boleh kuruskan badan. kawan-kawan aku dah panggil aku gemuk balik. huhuhu. aku dah tak mau lah makan banyak-banyak. nanti tengku syahran pun tak suka kan? tak pasal pasal cinta kena tolak. hahaha. okey, aku dah nekad, nak DIET. YES! sahur kena makan roti gardenia kosong. buka puasa? hmm, nak makan roti gak? hahaha, aku sanggup ke? kang aku terkurus macam...? payah pula. langsung tak ada isi. hahaha. ;)

habis cerita tentang puasa, Tengku Syahran!

Friday, 1 July 2011

sebulan, 17 hari lagi (o.o)

My diary, Tengku Syahran

Tak lama lagi, aku dah nak trial PMR. aku? Tak baca buku lagi. Orang asyik dok tanya, Zati, dah ready for PMR? Kenapa tak ready lagi? Kan dah nak dekat trial. PMR pun tak lama lagi. Huhuhu, baru aku tahu betapa tensionnya tahun ni.

Adoi, ZATI! Wake up! Bila lagi kau nak baca buku? Takkan 24 hours before start exam kau baru nak belajar macam sebelum-sebelum ni? NO! Don't do like that anymore! Kau kena start sekarang zati! Harus! Wajib! Sejarah kau tu, bukannya dapat markah bagus sangat! Tercorot lagi. Sampai bila kau nak biarkan markah terus mcm tu je? Sampai bila zati??

Tak penat ke dapat result tak bagus? Kau tak cemburu ke tengok rakan-rakan kau berjaya? Tak cemburu ke zati? kau tak nak apa-apa perubahan dalam diri kau? mmg tak dapat kau p asrama tahun depan kalau kau terus-terus macam ni. Fikir-fikir lah zati oi. Aku nasihat je. HAHAHA, Beng betul aku ni. Nasib baik nasihat kat diri sendiri. :)

good night, My diary!