Wednesday, 20 July 2011

siapakah akan menjadi Juara Carta Cinta Maya?

Novel Juara Carta Cinta, Lynn Dayana

  • Aku + Kamu = Cinta Atas Awan <3 HAIQAL
  •  Mari Raikan Cinta! <3 HAQIEM * bekas kekasih
  • Kembali Sayangi Aku <3 ADNAN * bekas tunang

Tiga-tiga suka, sayang, cinta akan Maya. hahaha, hebatkan cinta Maya?  siapakah yang berjaya memiliki hatinya setelah dua tahun dia bersendirian tanpa berkasih?

Haiqal
semestinya HAIQAL si comel * muka babyface, hihi. karakternya sememangnya menarik! kalau aku jadi Maya pun, aku nak kahwin dgn Haiqal. huhu, moga-moga aku mendapat suami macam suami Maya! AMEEN, HAHAHA. [zatie! gatai nyaaa! huhu] Haiqal seorang anak sulung dan juga ANAK MAK. hahaha, maknya sangat menyayangi dia. dia suka sangat gaduh dgn Maya, gaduh-gaduh manja. hihi, comel betul dorg tu. memang secocok! sifat cool and pandai ambil hati memang ada dalam diri Haiqal. dia caring plus memahami! siapa tak nak lelaki sebegitukan? memang tak rugi Maya nikah mengejut dgn dia. haha :D part yang paling aku suka ialah Haiqal membawa Maya simple picnic di putrajaya. Ya Allah, romantiknya! yang paling kelakar dan mencuit hati, bila Maya kena sambar petir, tapi tak ada sebarang kecedaraan. setelah itu, Maya dikurniakan bayangan untuk menjejak seorang pembunuh wanita kejam. dengan sokongan penuh Haiqal, maya tabah, walaupun dia sendiri takut untuk menghadapinya.


Haqiem
dia menjadi kekasih Maya, dalam masa yang sama Maya telah bertunang dgn Adnan. hahaha, aku pun tak faham, kenapa Maya sanggup buat macam tu? hihi, setelah Haqiem dan Adnan dapat tahu Maya tu curang, mereka telah lepaskan Maya dengan serentak. Haqiem tidak lagi menghubungi Maya. setelah dua tahun, dengan kebetulannya, dia jadi jiran kiri Maya di Pangsapuri Avilla, tingkat tujuh. punya banyak petempatan kat Malaysia ni, kat sebelah rumah Maya gak jadi tempat tinggal dia. huhu, macam tak logik kan? Maya yang berumur 27 tahun sekarang memang cantik berbanding dgn dulu, montel&tembam. hihi. Haqiem pula bertekad untuk tidak melepaskan wanita idaman hatinya, Maya. maka, remuklah jiwa Maya bila kerap diasak!


Adnan
adnan pula ialah bekas tunang Maya. Adnan seorang pengongkong. hahahah, mungkin, sebab tu lah dia rasa selesa bila couple dgn Haqiem selama 2 tahun. hihi. Maya dapat tahu Adnan juga adalah jirannya juga. tapi jiran kiri yang telah pun berkahwin dgn Intan. Intan dapat tahu yang Maya tu Ex-tunang Adnan. Adnan pula dapat tahu bininya tu mandul, apa lagi! dia kejar Maya lah balik! haih, Agung betul cinta Maya. terlalu hebat sehinggakan dia sanggup mengambil Maya untuk menjadi isteri keduanya.


ya, NOVEL INI ADALAH NOVEL TERAKHIR SAYA BACA DAN TAK AKAN USIK LAGI MANA-MANA NOVEL. ITU JANJI SAYA DENGAN MAMA. hihi

No comments:

Post a Comment