Tuesday, 7 February 2012

Jersey Malaysia -,-

Assalamualaikum. hoho. 
Domino Pizza




          sakai betul lah aku hari ni. aku keluar rumah malam tadi pakai Jersey Malaysia taw. I thought pergi bangi je. pakailah simple je kan sebab nak makan pizza punya pasai. pas makan, last last kakak ajak p downtown kat Mines. dengan selebetnya, aku pun p lah. abg aku, Aman & Akim si penyibuk pun ada. hahaha. 

        jalan jalan Downtown tu. terserempak pulak dengan Rashdan. member lama. beborak dengan dia kejap. then, jalan jalan jalan, ada pulak seorang pakcik jual Selendang ni perli aku, 'Malaysia kalah lah semalam dik.' patu time nak balik ke kereta, bertembung dengan sekumpulan abang-abang SAKAI, boleh depa melaung Malaysia Malaysia kat aku! yelah, aku je perempuan pakai jersey Harimau Malaya kat situ. cheese. aku rasa macam nak lari pecut je dari tempat tu. boleh pulak kena perli macam tu. kalah tu kalah lah kan? 

            at least I still support Harimau Malaya ;) kalah menang belakang cerita lah. memang lah Malaysia masih tak power macam pemain bola sepak negara lain, kita as Malaysian, kenalah sokong negara sendiri kan? hahaha. pengajaran yang aku dapat hari ni, aku tak boleh pakai jersey ni selepas perlawanan bola sepak negara. lebih lebih lagi kalau pasukan Harimau Malaya kalah. hehe :)