Saturday, 31 March 2012

Sofbol

Assalamualaikum.

          Pada tengahari yang terik ini, aku ingin menceritakan tentang permainan Sofbol. LOL, apa formal sangat ni? haih. okay, aku masuk team Sofbol TiKL. ganas tak? hahaha, mestilah ganas. tu yang aku minat sangat masuk Sofbol ni. mungkin aku akan menjadi wakil sekolah untuk Kejohanan Antara Teknik (KAT) pada bulan 4 yang akan datang ni. tarikh aku taktau, tapi yang pasti perlawanan diadakan kat Teknik Kajang je. SAD! dekat sangat. kenapa tak pilih teknik yang jauh jauh sikit? boleh lah bermalam kat teknik tu. haha, tak bersyukur -,-

         Lepas tu, Coach minta pemain beli sepasang baju Sofbol punya. Ya Allah, teringin sangat nak pakai! and yes, I'll buy it! wah, mesti aku bergaya kalau pakai kan? lebih lebih lagi kalau sepasang warna merah. pergh <3 LOL, perasan je =,= aku rasa, kalau aku pakai satu set baju Sofbol tu, barulah semangat nak start game kat teknik kajang nanti. aku tahulah teknik kajang tu hebat kalau sofbol, tapi insyaAllah, team aku pun hebat gak :D lol

        Kk. bukan itu yang jadi point aku untuk cerita pasal Sofbol ni. tu pendahuluan je. hahaha. sebenarnya kan, ini pertama kali berlaku dalam hidup aku. memang first time! ish, memang first time lah. gelabah aku dibuatnya. tapi rasa nak pitam pun ada bila tengok merah banyak kat tangan dia. banyak sangat! ish. geli pulak aku. haih, actually, hari selasa hari tu, HMM, errrr hoho. bola sofbol yang aku baling terkena hidung kat partner aku. Engku Syasya. nasib dia dorm-mate aku. sebab we are quite close lah. dia takde lah marah mana, dia kata salah dia jugak sebab tak tangkap bola tu betul betul. serius weh, aku takde niat langsung nak cederakan dia, nak kata aku baling padu, takde lah jugak. ntah lah, aku pun tak sangka sampai hidung dia darah. banyak laktu. pergh, cuak lak aku buat anak orang gitu. I'm sorry my dear :(

      Hmm, memang menjadi satu pengalaman yang aku takan lupa. yelah, first time kan. huhu, tapi permainan sofbol ni best! kalaulah team aku gempak, pergh, aku rasa lagi best main. sebab, game tu tak jadi boring. tapi sekarang team aku tak strong lagi. aku? lagilah tak strong. HAHAHA. but i hope that my team will get top 3 for KAT nanti. Ameen <3 that all for today. Thank you LOL

Monday, 19 March 2012

WAAAHHHH! hari ni aku dapat MC! first in my life you knowwwwwww :D hahaha, seronok sangat bila salah guna MC :) takdelah, memang aku sakit pun. tapi sakit aku dah makin sembuh bila aku jumpa kawans kegemaran aku ni ^^ hihi. seronok sangat dapat jumpa diaorang, memanglah cuti seminggu, tapi takde gunanya, sebab hari ni baru aku dapat jumpa kawans aku ni. LOL

          Petang tadi seronok je sebab dapat jumpa kawans, ada pulak member nak belanja McD, siapa tolak kan? hahaha, kesian kat dia sebab aku tibai Double McChicken. ambil yang mahal punya. lol. mana taknya, aku lapar sangat kod. aku set pukul 2.45pm, tapi sampai mcd pukul 3.45pm. lama kan? dengan perut berkeroncong pun mintalah satu set tu. hahaha, kesian gila Kana! dia order Filet o-fish je. haih, Terima kasihlah Bro! ^^ hoho

        Aku bukan hang up dengan kana jelah, ada lagi dua orang, nama diberi oleh ibu bapa mereka ialah Nur Zafirah & Puteri Balqis. Sedap kan? sebab nama depa sedap lah aku kawan dengan mereka. hahaha, takdelah. they such a beautiful girl that always make me laugh and laugh and laugh! and they never made me bored. and they are really awesome :') hihi. macam macam ceritalah time jumpa tadi. alhamdulillah sangat, sebab depa sanggup share cerita dengan aku walaupun dah tak satu sekolah. huhu.

      Hahaha, ada juga perasaan jealous mengundang sebab tengok keakraban mereka berdua. yelah, depa satu kelas kan. mestilah macam macam berlaku antara mereka. haih, seronoknya sekolah kesuma. boleh aku pindah kesuma balik tak? lol. tak dapat lah der. huhu. sekarang ni, aku dah tak boleh nak stay up sampai subuh dah. duduk asrama kena tido awai. kalau tido lambat, nanti tertidur dalam kelas lagi. haha. kk, i'm ready to go school tomorrow! YEAH! TEKNIK KUALA LUMPUR, i'll see you tomorrow morning! hope that kes rotan tu dah berlalu. hahaha. Ameen. :)

Saturday, 17 March 2012

saat bahagia bersama orang yang tersayang :D

Assalamualaikum! hihi. seminggu cuti, baru hari ni aku dapat keluar rumah. yelah, sakit mata kan. sakit bukan sekejap, mengambil masa agak lama jugaklah untuk sembuh. sebenarnya, mata aku tak sihat walafiat lagi, tapi, disebabkan kedegilan aku, aku nak juga keluar. nasib baik ada kakak tersayang, Nur Emalina back up aku. kalau tak, seminggu cuti ni, tak rasa macam cuti pun. huhu



      Hmm, petang tadi singgah McDonald je. makan Doublecheeseburger. patu aku tibai my favourite chocolate sundae. patu buat homework kat sana. bla bla bla. patu balik tu, awal lagi kan, aku malas nak balik rumah. jadi aku singgah rumah Zafirah. tumpang solat kat rumah dia. hihi, patu aku pulak mengada-ngada nak main layang-layang. petang tu hahaha. takde angin pun. memang segan lah nak mainkan. then, aku merajuk. dah duduk dah kat situ, patu ayah Zaf dah datang. pergh, aku terus bangun. semangat nak main! hahaha. ayah Zaf lah yang naikkan layang layang tu. nak harapkan Zaf, hmm, dia pun tak pandai main. LOL seronok tengok layang layang terbang tinggi! i just feel that Ya Allah, amazing, can i fly with the kite? huhu. rasa macam beban yang aku memikul hilang sebentar! rasa ringan! rasa tenang. masalah aku pun macam BLANK. dah delete. rasa nak main lagi jeeee :) THANK YOU ZAFIRAH and her family :') tunggu cuti lagi k ZATIEEEEE


     Tutup cerita pasal layang layang. hahaha. ni tentang perasaan aku. pergh, mula mula aku fikir. aku dah set mind dah yang aku taknak fikir sangat si buah hati aku ni. yelah, dia tu agak freak. kejap mood dia baik, kejap mood tak baik, kadang kadang macam perempuan jugak dia ni. lol. kk, mengutuk ni -,- hihi. malam tadi pulak, haih, aku dah pelik dah. kenapa dengan dia? why suddenly he very damn different? yes, i admit, very thankful, because he is mine yang dulu. he's back! yang sweet, yang begitu sentimental, tapikan, kenapa tiba tiba? ada batu besar jatuh dari langit kena kat kepala dia ke? hahaha. unbelievable! syukur sangat ah dia dah okay. huhu. tapi agak kekok lah. sebab yelah, dah lama kod. sejak dia masuk tikl lagi dia berub**. huhu. and just want he know that i really appreciate everything he do. walaupun sikit, tapi jadi ah. syukur ah tu. huhu

    

Monday, 12 March 2012

Yuna - Terukir Di Bintang





okay, memang layan sangat lagu ni. sweet sangat lagu dia! dah lah shot kat Venice, Italy. My honeymoon's place. haha. anyway, this song was really adorable <3 made me think about him :')