Sunday, 25 November 2012

apabila bermain layang layang...

heyyy!
Assalamualaikum.
Okay, hari ni aku hadir 2 tempat perkahwinan.
Pergh, memang penuh lah perut aku ni. Dok makan je kan.
Tapi berbaloi kod. SEDAP (Y)
hahaha. pape jea
Dah balik kenduri tu, boring pula dok rumah kan.
So aku online jap. Zaf pulak online. cantik ah.
Ajak dia main layang-layang.
dalam pukul 5 lebih tu, aku sampai rumah zaf.

Mula-mula fikir, syok ke main layang-layang dua orang je?
Rumah Syafiq sebelah je dengan rumah Zaf, aku ajak jelah Syafiq ni.
'Syafiq, jomlah main layang-layang dengan aku. Kau kena main jugakk'
'Alaa, taknak lah. aku nak tolong mak aku buat kek.'
HAHAHAHA, style lah dia tu. tolong mak buat kek. susah nak cari lelaki sebegitu.
tup tup. aku ngan zaf jelah main.
tapi beberapa minit lepas tu. Syafiq hantar wakil dia untuk bermain bersama kami.
nak tahu siapa? adik adik gadis dia. lol, suka hati dia je -,-
ketika bermain layang layang:
First try, alaa tak naik pun?
Second try, alaa kenapa dah naik, jatuh balik?
Third try, Zaf, tali mati lah. macam mana ni. takat ni je tali dia?
No trying. sibuk dok betulkan tali pancing tu. last last putuskan jelah.
hahahaha. buat macam layang-layang sendiri je kan? padahal Alanie punya. minta maaf ya :)

Dah putuskan tu, cepat cepat ikat balik kat layang-layang sebab angin dah kuat sikit.
YEYYYY! naik pun. dah tinggi dah. takde lah tinggi mana, baru tinggi pokok.
Tetiba pulak angin takde. fiyuuuuuuuu tersangkut pulak kat pokok.
hahaha. dah gelabah dah ni. layang layang ni bukan aku punya.
'Zaf, cepat panggil ayah kau. Tolong betulkan.'
'Kalau panggil pun takan ayah aku nak panjat pokok.'
lol, aah kan? so aku main tarik tarik lah tali tu.
kebetulan pulak ada angin. haaaaaaaa. naik lah balik layang layang tu.
hahaha, seronok sangat taw time ni. aku yang buat sendiri tanpa pertolongan orang lain.
maknanya aku dah reti main lah kan? hahaha.
aku main sampai tali habis. nasib tak terlepas. aku sempat tarik. kalau tak sempat?
HMMM, kena ganti baru untuk alyanie lah. lol

Okay. dalam 5 minit je, aku tengok layang layang ni terbang atau melayang dengan sangat tinggi,
patu, aku kata kat zaf, kalau aku dah pandai naikkan, aku mesti pandai turunkan layang layang tu.
Dengan berhati-hati aku gulung tali pancing tu. tapi kena main tarik tarik gak lah layang layang tu sebab takut jatuh. bila dah separuh gulung, zaf tunjuk kat aku kat satu arah.
'Zati, tengok tu. layang layang. macam azira punya je'
'Amboi, ni nak lawan aku ke apa ni? Aku dah nak turunkan, dia naik? takpelah, aku tetap no 1. dia no 2. aku dah gulung dulu. so dia lambat.'
hahaha. dah simpan balik layang-layang tu, zaf ajak jenjalan pula sebelum aku pulang ke rumah.
dah jalan tu, sampai kat area rumah azira.
'Haa, patutlah zaf. kau nampak tak chemistry nya kitaorang? dahlah birthday sama. Azim yang main layang layang tu.'

Lepas dah usha si azim tu, ayah aku datang nak ambil kami. tetiba azie perasan pulak kitaorang, kami pun lambai lambai lah.
Hahaha. boleh pulak time ni bahasa isyarat digunakan oleh zaf dan azie. last last tunjuk tanda call.
ntah pape -,- pastu ayah hantar zaf balik.
aku dalam kereta. terfikir semula masa aku main layang layang tadi.
Ya Allah, puasnya main. rasa macam semua masalah pergi dibawa angin tu, ringan dah kepala ni.
rasa keamanannya :D bersyukur sangat, alhamdulillah.
sungguh, aku ada satu masalah yang patut aku selesaikan. kalau tak selesaikan, benda ni akan tergantung tak bertali :/ jadi, aku akan pastikan aku akan cukup kuat untuk menghadapi & menyelesaikan masalah tu.
InsyaAllah.
Thanks and good night!













No comments:

Post a Comment