Saturday, 24 November 2012

Twilight Breaking Dawn Part 2

Assalamualaikum
Hihi, tahu dah. memang lama tak update blog. ni update pun sebab hari tu 22 November 2012 memang the best day spend time with my mom. just between me and her.
Selalunya ada penyibuk (kakak aku) takpun ayah, tapi sekarang kakak ada kat pahang, ayah outstation pulak. so aku jenjalan ngan mama jelah.

Ni memang first time keluar ngan mama berdua.
Mama pula banyak kali tanya aku, 'Ija, takpe ke ija keluar ngan mama ni? tak bosan ke?' HAHAHAHA
Ape daaaa. apa mama melalut pun aku taktau. hey, you are my mom. takan aku nak bosan kod?
Hari tu keluar rumah pukul 10am lebih ah, mama drive sampai ktm kajang.
Tapi kat situ takde parking pula. so my mom decide nak parking kat hospital kajang tu. lagi selamat katanya.
ya AMPUN.
Sayang sangat kereta dia -,- so, terpaksalah jalan dari hospital tu sampailah ke ktm. hahaha
Dah pakai lawa lawa, berpeluh pula. hmm, apa boleh buat, dah tunggu teksi lama, buang masa kan?

Dari ktm kajang, sampailah ke ktm KL Sentral. Patu take a cab, pergi mana ntah. tapi tempat urusan mama lah kan. mama dok sibuk berurus ngan rakan sekerja dia. okay, sorang je ni. dok melopong sorang diri je. boring. nasib sekejap je -,- sampai pukul 1pm lebih.
And mama ajak balik.
'WHAT BALIK? mama, ija duduk terperap je kat rumah. tak ke mana pun. takan balik rumah terus?'
'Dah tu nak kemana? mama nak buat cop mama ni. kat kajang.'
'Alaa mama ni.' :( patu aku terus beli ticket ke kajang. ingat nak singgah mid valley. tapi aku dah merajuk dah. lol
Dalam train, aku diam je. tak kata apa. dok usya tempat duduk. kesian mama berdiri je dari tadi. Alhamdulillah, bila train berhenti kat Mid Valley, ramai orang keluar. dan aku pun cepat cepat lah chop tempat duduk.
HEYYY, ofcourse lah untuk mama aku. hehe. nampak tak baiknya aku ^^

Dah sampai kajang balik, naik teksi sampai lah ke kfc metropoint tu. makan lah kat situ. time makan tu, aku pujuk lagi.
Hari ni keluar cerita twilight. aku nak juga tengok. ada ke mama ajak tengok wayang kat metro kajang je? HAHAHAHA. lawak betul mama aku. takde class -,-
So, aku ajak lah mama p mines. senang kan. mama pun tahu jalan, then MINES HERE WE COME!
hahaha, lepas makan, specs aku ni buat hal. skru tertanggal pulak. bingkai specs tu sebelah dah tercabut. lol
Mama p ambil kereta kat hospital, aku p betulkan kat focus point dalam metro point.
Dah siap tu, tunggu lah mama kat luar tu. lima minit jugalah.
I dont know either time ni ke ada orang jumpa aku atau time lain.
sebab, time aku nak balik rumah, aku online jap, ada pulak dia kata dia ada jumpa aku, and he said this is crazy?
What the? apa yang gila nya? aku pun tak faham. bila aku tanya, taknak balas pulak -,-'
LUPAKANNN.

Dalam pukul 3pm tu, yeyyyyy! sampai pun kat Mines. hahaha, nasib senang cari parking. takdelah mama bising susah parking lah, apalah. fuhh. selamat :)
Dah sampai, terus ke panggung wayang, beli ticket wayang cter Twilight Breaking Dawn Part 2.
'Alamak mama, lambatlah dia start. pukul 4.50pm. macam mana ni? nak tengok juga ke?'
'Tengok jelah. dah sampaikan.'
HEHEHEHE. seronok gila!
Sementara tunggu tu, jenjalan lah satu mines tu. dari atas, turun bawah. ke bawah dan ke bawah. patu naik atas balik. perut lapar, tibai ice cream sundae coffee with oreo <3 (sebenarnya penat, nak cari tempat duduk. tu yang beli ice cream kat Mcd) hihi
Pergh, sedap! dok elok makan ice cream tu, ada seorang penjual ni datang jual cd cd berusurkan Islam.
Taklah handsome mana, tapi Ya Allah. sungguh aku terpikat bila dia mengalunkan selawat nabi.
Aku terus pujuk mama suruh beli. HAHAHA. alaa RM10 je pun. patu dia kata ada nak sumbangkan untuk Gaza juga. so good kan? ^^

'Okay mama. dah nak dekat 4.50pm ni. better we go now.'
Masuklah kami dalam panggung wayang yang nombor 4.
Biasalah, iklan 10-15 minit. dan bermula lah cerita berkisah vampire yang berdarah sejuk tu.


Haaa, ni Bella Swan dah jadi vampire taw. mata dia dah merah. lawa! <3 dan cerita ni start dengan romance.
Pergh, dah lah tengok ngan mak aku. segan nak mampos lah -,- aku tak pandang mama pun time ni.
hahaha. lucah gak lah. haih







Time ni pulak. kelakar. hahaha.
Tahulah badan berketul ketul, kalah juga dengan heroin kita ^^ tulah, poyo lagi. lol.
Fyi, setiap vampire ada kelebihan sendiri. Bella dapat kuasa perlindungan. Awesome (Y)






Ini paling semangatlah aku tengok.
Semua serang Volturi.
Dorang mula mula taknak lawan, tapi lepas Cullen, ayah Edward kena penggal kepala, terus semua orang serang. haha style!





Haa, ni ketua Volturi. nama dia Aro.
Dia ni kelakar taw. Dia jumpa Alice.
Dia boleh tengok keadaan seseorang yang telah berlaku kat diri seseorang.
Yang Alice pula boleh tahu masa depan. so Aro dapat tengok masa depan tu.
Bila Aro pegang tangan Alice, dia dapat lihat pergaduhan berlaku.
bla bla bla. last last dia mati. kepala dia dipenggal oleh Bella ngan Edward.
HAHAHA, ni paling kelakar taw.
Rupa-rupanya tu bayangan masa depan je. ingatkan betul betul -,-
So, dia ambil keputusan yang dia taknak berlawan hari tu.


Dannnnn semua selamat. hahaha. kelakar je muka Aro bila dapat tahu dia akan mati nanti.
Tu yang cepat cepat cancel. lol.
Akhir movie tu dia kenalkan setiap pelakon dia. lama gak lah. yang mama aku ni sibuk ajak balik. sebab dah nak maghrib kan. haha.
pape jea. nak tahu lebih pasal Breaking Dawn part 2 ni, carilah kat pakcik google k?

Jam menunjukkan dah pukul 7pm, ayuhlah kita pulang ke rumah. Thank you so much mama, Noorsiah :)
Till now i still feel the happiness. thanks <3 i love you mama! kat sini jelah k, good night, tata :D

No comments:

Post a Comment