Monday, 31 December 2012

azam 2013

hello, Assalamualaikum :D
hihi
seronok betul hari ni!
sebelum menamatkan tahun 2012,
dan akan kembali ke sekolah pada 1hb Januari ni,
aku sempat juga berskyping dengan my girls!
hahaha, yeah, memang kami baru buat skype pun.
sebab kami dah tak sempat nak jumpa dah.
esok pulak aku kena siap packing barang barang keperluan asrama.
mesti esok keadaan sangat sibuk, sebab tu aku update sekarang.
dan aku dah takde masa nak updating before aku masuk sekolah nanti.
hahah.

so lets we talking about my FUTURE. i mean my new azam in 2012. opsss, 2013!
  1.  Inginkan perubahan diri.

    ya, aku perlu ubah diri aku sebelum inginkan kejayaan. aku memang seorang pemalas. seorang yang selamba yang tak kisah tentang apa yang berlaku sekelilingnya. aku memang seperti katak dibawah tempurung kerana aku tak banyak membaca, tak banyak memikirkan kenapa ini terjadi, kenapa itu berlaku. sampai bila aku nak jadi macam ni kan? nak berjaya mestilah kena berpengetahuan luas. baru BM dalam SPM A+ maa. lol
  2. Solat yang cukup

    aku bukan ustazah. aku bukan kuat agama sangat pun. tapi aku terfikir, aku dah besar. sampai bila aku nak leka, aku nak main main kan? jadi, aku berharap aku menjadi makin serius tentang hal-hal yang penting untuk kita lakukan. contohnya perkara wajib yang kita harus lakukan, iaitu cukup solat 5 waktu. kalaulah azam ke dua ku ini berjaya. Masya Allah, memang Allah akan sentiasa memberkati aku dan sentiasa memberi hidayah :')
  3. Menjadi seorang anak yang jaga adab

    okay, aku mengaku. aku banyak kali sakitkan hati mama & ayah. aku selalu buat mereka marah. sebab apa? sebab aku tak dengar kata. aku degil, suka buat ikut kepala aku je. tapi aku tak sedar, mereka tetap sayangkan aku walaupun aku macam tu. aku terfikir, betapa susahnya hidup mama & ayah dulu untuk besarkan aku dengan abang kakak aku dulu. macam ni aku balas? no, aku dah form 5. aku kena berubah. jadi anak yang solehah. menjadi anak yang terbaik untuk mama & ayah. insyaAllah.
  4. Merealisasikan impianku

    apakah impian aku? aku tak reti nak beza antara impian & cita-cita. memang jauh maknanya. tapi bagi aku itu adalah satu tujuan. aku nak berjaya dunia & akhirat. Aku nak mempunyai keputusan yang cemerlang dalam SPM. kalau aku bersungguh-sungguh belajar, dengar kata cikgu serta ibu bapa, tidak tinggal solat, dan selalu beristiqamah mesti aku boleh buatkan? InsyaAllah. :)
  5. Hanya berkata-kata yang penting sahaja

    hahaha, aku tahu azam yang ke lima ni sangat susah! aku ni dah lah banyak mulut. suka bercakap. banyak gelak. dan aku jenis yang lemah ingatan. dengan cara ini insyaAllah aku boleh kuatkan ingatan. selain itu, takdelah ilmu banyak keluar balik kan? sebab tak banyak cakap. tapi aku berharap aku tidak menjadi seorang yang sombong, takbur. Nauzubillah, minta dijauhkan ^^

haa, itu je kod azam aku untuk tahun 2013?
aku taknak lah buat azam banyak banyak, kang tak larat aku nak tunaikan.
bak kata pepatah, sikit sikit lama lama jadi bukit :D
hahaha, tapi television pulak salu kata, hidup ini perlu ada transformasi.
YEAHHH, betul tu ;)
aku kena siap sedia untuk jadi perempuan yang kuat!
dah tak boleh excuse excuse.
no more reasons. belajar aje okay ZATIEEEEEE ^^
hahah. getting late!
good night, semoga tak berhabuk blog aku nanti. lol
assalamualaikum :')

Wednesday, 19 December 2012

HIHI THANKS FACEBOOK :')

Assalamualaikum.
okay. kalau Facebook je, mesti makcik pakcik mencari rakan-rakan sekolah lama mereka.
dan aku tak sangka,
same goes to me!

yeah, aku memang tak sangka ada seorang kawan zaman kecil aku,
iaitu Khairun Nisa yang masih ingat sungguh kat aku,
dia memang kuat ingatan! tak macam aku -,-' pelupa sungguh.
sebenarnya, kami dah lama friends dalam FB.
(dulu bulan April, ada gak dia IM, tapi aku tak layan. lol jahat jahat :P)
adalah lately ni, dia IM aku. she really recognize me! every moment yang dia ingat, dia cerita kat aku.
jahat betullah aku ni. sanggup aku lupa kawan kawan zaman kecil aku? huhu.

sekarang, aku boleh lah bayang bayang sikit muka Nisa ni setelah Nisa kasi macam macam gambar kat aku. hihi.
tapi masih tak ingat kat mana aku bermain2 ngan dia dulu. cuma dapat bayang muka jelah.
dia cerita, dulu dia selalu bermain ngan aku depan rumah aku. dengan Auni sekali.
kami kawan bertiga. kira rapat gak ah. Auni tu aku ingat. sebab abg dia kawan kakak aku dulu.
so ingat lah kan?
hahaha.

Nisa ni tetap berusaha nak ingatkan aku.
dia cerita lagi. dia kata dulu time darjah 2 aku kena libas tali pinggang dengan seorang budak lelaki ni.
nama dia Idzmir.
lol.
ini part paling tak tahan.
aku dok gelak je bila ingat balik time tu.
okay, kes ni memang segar di ingatan, sampai sekarang taw!
cerita dia macam ni.
aku rasa time tu baru pas PJ or ada sukan apa ntah time tu.
tapi masa tu memang nak tukar baju lah.
nak tukar bajunya kat dalam surau.
sebab surau depan kelas je.
lelaki perempuan diasingkan dengan langsir ditengah.
yang Idzmir ni, dia dok main main langsir tu.
aku nampak, so aku kejarlah dia dalam surau.
time kejar mengejar tu, aku taktau ah seluar dia londeh ke apa,
tapi dia tarik tali pinggang dia.
ZAPPPPP, terlibas kat dahi aku.
PERGH.
aku rasa biasa je mula mula.
tetiba kawan tegur,
'Zati, dahi tu berdarah'
aku terkejut lah kan. tengok cermin.
pergh, makin banyak darah keluar.
kawan semua panggil cikgu.
aku p mana? aku menangis kat surau tu.
HAHAHAHA.
lawak je.
patu cikgulah yang sapu ubat apa semua.
patu cikgu minta no mama.
nasib akulah. tempat kerja mama depan sekolah.
mama pun datang.
mama tanya, 'Ija nak jahit tak? Kalau jahit, cepat sembuh.'
PERGHHHHH, menggigil aku dengar bila mama tanya pasal jahit jahit ni.
aku katalah taknak. sakit.
patu, fuhhh, nasib baik mama tak paksa -,-'
the end.

HAHAHA, sejak kes tu, aku rasa satu kelas 2 Nilam (2003) tu ingat kod?
tu yang Nisa kata aku top dulu dulu.
then dia kata pas je kes tu berlaku, aku pun pindah.
hahaha, dorang ingat aku pindah sebab kes tu? haiyeee, mana adalah! kebetulan je.
lol, ape daaa.
lepas tu, Nisa kasi beberapa link profile yang aku mungkin kenal?
tapi most of them aku tak ingat pun. huhu
yang aku ingat muka Auni, Aiman & Idzmir tulah.
hahah.

Aiman? hmm.
now he has a good personality!
okay, masih cerita zaman darjah 2.
Aiman ni anak ustazah taw.
dia comel macam mak dia.
kami tak sama kelas, tapi kalau waktu agama je kelas bergabung.
so kenal lah kan?
kenapa aku ingat dia lagi?
sebab aku pernah bermain surat dengan dia.
hahaha. for me, tu memang kerja bangang dengan usia yang mentahnyaaa.
lol
gila betul aku ni -,-

Haaa, itulah serba sedikit cerita pada zaman dulu :)
bergunakan facebook ni?
sekurang-kurangnya ia memberi peluang kepadaku untuk berinteraksi dengan rakan lama.
THANK YOU FACEBOOK :')
hihi, tetiba rindu pula zaman kanak-kanak.
no tension & enjoy the life.
easy right?
Haih, life must go on!
SPM is coming soon! go ija go!
lol
okaylah dah mula pening.
Good Night Ija.
semoga aku mimpi dengan lelaki handsome hari ni. hahah
Assalamualaikum :D

Monday, 17 December 2012

alahai Cuti Cuti TiKL

Assalamualaikum!
hari ni hari Ahad.
kebanyakan orang, weekend lah kita berjalan kan?
but not me :(
sad, mama ayah cuti. tapi dorang rehat je kat rumah.
aku BORING.
aku tidur.
aku BORING.
aku whatsapp Zaf.
Zaf dah tidur,
now IM VERY BORING.
aku buat cuti cuti tikl.
hahahah.
yeah, now im doing my HOMEWORK WHICH CALL IT 'Cuti Cuti TiKL'.
haaa, jangan main main taw.
kerja rumah pun ada nama dia sendiri.
hebatkan sekolah aku? -,-'

okay, sejarah telahpun aku siapkan di pahang tempoh hari. so done history, 8 more down IJAAA! >.<
lama juga aku tak usik buku ni,
memandangkan cuti tinggal dua minggu je lagi,
so i must do my homeworksss!
aku nak berubahlah. SERIUSS meh
sampai bila aku nak hidup meniru kerja sekolah orang kan?
bukan kita yang pandai, tapi dia yang pandai.
siapa untung? dialah kan?
aku terus jadi BENGAPPPP.
lol.
so aku taknak jadi si bengap lagi.
azam aku tahun depan?
BELAMBAK.
tapi aku taknak state sekarang.
sebab, 2012 tak habis lagi.
hahaha
the funny girl doing her homework

malam ni target aku nak buat kerja sekolah PKU ( Pengajian Keusahawanan )
fyi, untuk keputusan akhir tahun aku, subjek ni aku dapat fail!
lol.
seriously, subjek ni mudah. lalu aku ambil mudah. i dont care about this subject.
last last, AMBEK KAU. FAIL! hahaha.
aku ni pemalas orangnya. malas sangat bila bab membaca ni.
mengira aku minat lah.
tapi kalau aku kata mengira aku minat, kenapa akaun aku fail? T.T
ni aku pelik. betul, aku minat mengira.
ACCOUNT IS ADVENTURE actually. sungguh tak tipu!
tapi aku tak focus dalam kelas, main main, selalu tidur, no revision, memang lah fail kan?
hihi. aku tak sedih pun kalau fail fail ni.
sebab memang salah aku tak belajar sungguh sungguh and not take serious in my studies.
but i will make sure, and really sure that next year i will be a SIFU to my all cutie JUNIORS.
BHAHAHAHA *evil laugh
berangan je, tapi berangan yang pasti boleh kan? insyaAllah, pray for me!


so now, me as candidate SPM, i must study gila gila untuk dapat result yang cemerlang!
semalam ada birthday party among my neighbours,
dan aku sembang lah ngan pakcik Zainal ni. dah lama tak sembangkan.
dia bagi kata kata semangat!
mula mula dia tanyalah, aku ambil jurusan apa, then i said lah perdagangan kan.
dia kata, kalau fizik kimia tip top, tambah pulak dengan akaun, add math & math pulak power, UM confirm dapat!
"trial you must do very well!
if you want to apply any U, they must see the Trial. so trial mesti tip top as SPM!"
WOW awesome!
aku yang terkebil-kebil ni rasa macam nak ambil spm je esok!
sungguh tak sabar!
hahaha, tipu je. gila nak ambil spm esok. memang fail semua. lol

so i take his words and keep it in my mind.
daaaan akan ku jadikan sebagai MISSION AKU!

YEAHHHH semangat ni ^^
okaylah, nak buat cuti cuti TiKL ni,
Good Night,
Assalamualaikum :D

Saturday, 8 December 2012

damn im going back home!

hmm,
assalamualaikum.
huhu
hambarnya hari ni.
sedih kod.
nak tinggalkan dunia U ni.
hahaha
aku sedar lah aku baru nak masuk 17 tahun.
tapi sangat seronok bila duduk sini!
you can do anything you want.
nak p kelas, taknak p kelas, datang lambat, lecturer tak kisah langsung.
awesome!
kalau lah sek aku macam tu, OMG, best gila!
hahaha
tak tak, kalau sekolah macam tu,
confirm tikl tak dapat capai target.
so, cannot lah kan?
huhu
beg semua dah siap.
tunggu mama ayah sampai je.
BAIBAI DUNIA U, I WILL CHASE YOU SOON!
insyaAllah, got to go!
assalamualaikum :')

Tuesday, 4 December 2012

berada di pahang lagi

Pada malam yang dingin ini,
Assalamualaikum!
hehe. hari ni tak p jalan jauh jauh pun.
banyak habiskan masa berada dalam bilik.
awal pagi, lepas je solat subuh. terus takleh tidur.
taktaulah kenapa. tetiba segar je mata ni.
dan pagi tadi memang sejuk sangat!
sampai perut pun jadi lapar.
so i made sandwiches.
dah kenyang tu. saja tengok kat luar tingkap,
Subhanallah.
tebalnya kabus! patutlah sejuk.
lol. take a look!





see, dawn vs noon.
hahaha, kabus tebal pagi tu.
terkejut jugalah.
sampai tak nampak library kat seberang sana.

lepas makan mestilah takleh tidur kan?
kakak aku ngan kak farah sambung tidur balik.
hmm, bosannya.
then, magically, i open my history book and hand out.
hahaha
tetiba tergerak hati nak belajar.
dapatlah gak buat beberapa soalan.
buat sejarah pepagi mestilah mengantuk kan?
hihi, aku tak tahan lama pun.
nak dekat pukul 9 tu aku dah baring.
patu mulalah aku tanggalkan kaca mata dan letakkannya ke tepi bersama buku kesayangan ku.
kakak aku pula dah nak p kelas. haaa, elok lahtu.
aku tidur lah kejap.
ingat kejap je,
tup tup tidur sampailah kakak aku dah balik.
terkejut aku.
tengok tengok dah pukul 11am.
okay, lamanya aku tidur!
hahaha.
kakak aku beli sekali makan tengahari aku.
which is nasi kosong dengan tempoyak ikan patin dan lauk kacang panjang.
lauk tempoyak ni memang kegemaran aku. kalau makan kat R&R kat Temerloh, mesti aku makan lauk ni tanpa jemu :P
fyi, ikan patin kat Pahang semua fresh fresh taw!


lol, patu kakak kata ada sebungkus lagi.
'Pilih lah mana satu, yang lagi satu ayam paha. ija nak ayam ke ikan?'
aku terus tengok bungkusan lagi satu. gulp* meneguk air liur.
ya Allah, tergodanya aku tengok ayam paha dia!
akak aku ni, saja je taw -,-
so i decide to take ayam paha sambal.
yeah, sedap (Y)

patu lepas makan dah tak buat apa.
online je memanjang.
baca artikel.
patu petang tu, kakak aku ajak p pasar malam.
wah, kat sini pun ada pasar malam!
taklah betul betul pasar malam, tapi adalah pelbagai jualan di situ.
jalan kaki je p pasar malam, style tak?
kalau kat rumah, kena naik kereta kalau nak p pasar malam.
hahaha.
pilihan aku hanya Roti John.
ntah lah, tetiba je rasa nak makan tu.
patu kak farah offer beli Cream Puff.
so beli lah. 3 seringgit.
balik je ke bilik, terus makan Cream Puff tu.
pergh, tiptop!
memang sedap! style dia sama macam kaya ball, tapi bukan.
ni first time makan. kat sana takde kod? ke aku yang tak pernah beli?
hahaha
pape jea.
tapi memang sedap!

untuk aktiviti malam, hihi
aku p library kat sini!
sangat besar! tapi library ni barulah.
orang pun tak ramai. boleh kira berapa orang kat library tu tadi.
hahaha.
masuk masuk je dapat bau sofa, kerusi yang baru.
sunyi pulak tu.
buku pula, banyak pasal engineering lah.
takde kena mengena ngan aku pun -,-
TAPI novel cinta sangat banyak! sumber ilmiah pun banyak. so boleh lah baca nanti.
hehe.

then, esok pagi kemungkinan besar aku akan lepak kat library sorang sorang sementara kakak aku p kelas.
patu dia ajak p makan kat tempat yang ada western food. area campus dia. nanti bolehlah jenjalan area situ.
excited!
boleh lah rasa jadi budak U nak p kelas. HAHA
okaylah, sementara tunggu anniversary mama ayah pukul 12 ni, nak main game baseball dulu.
Good night, Assalamualaikum! :D

Monday, 3 December 2012

Hari Kedua di Pahang

Assalamualaikum.
jeng jeng jeng!
suspen nya hari ni!
ke mana lah kan kakak aku nak bawa aku jenjalan kat area Kuantan ni?
hmm.
sebelum gerak ke Kuantan dengan kereta Kak Farah,
aku, Ema dan kak Farah makan tengahari kat Kafe.
dalam pukul 1.30pm lah.
kak Farah kata, waktu macam ni dah nak habis lauk dah.
datang je kafe tu, alhamdulillah. ada juga lauk yang masih berbaki.
aku tengok keliling. ramai juga lelaki yang baru nak makan.
ada muka yang baru bangun tidur lah, ada muka baru pas mandi lah.
budak siswa memang begitu ke? hahaha. forget it.
lauk pilihan aku ialah telur sambal & ayam paha kicap.
ayam dia keras sikit tapi sedap lah. boleh lah kalau nak buat perut kenyang kan.
lauk itu bersama dengan nasi kosong. totally RM2.80
murah tak? kalau nak bezakan dengan TiKL. hmmmmmm
TiKL lagi mahal kod? hahaha.
pape jea

dah balik dari kafe, balik semula ke blok siswi sebentar.
air yang dibeli tadi memang manis.
kak Farah ni jenis tak minum air yang manis sangat,
jadi dia tukar jus tembikai dia dengan bekas air, dan tambah sedikit air mineral.
sementara tu aku ngan kakak aku tunggu kawan dia (tak ingat nama pulak) dok siap-siap.
dalam pukul 2 tu, YEAH KUANTAN, here I come!
hahaha.
sampai je kat kuantan, terus p kat East Coast Mall.
Ya Allah, banyak sungguh kereta. susah betul nak cari parking.
kami sama sama cari parking. TUPPP, ema nampak satu parking tak jauh dari mall.
Alhamdulillah. hehehe
niat utama nak p mall ni sebab nak tengok wayang. nak tengok cerita Life of Pi.
teruslah naik ke cinema.
alaaaa, lambatnya start. pukul 7.15pm.
'hmm, takpe lah. kita boleh tengok kat Kompleks Teruntum.' kata kak Farah.

Awal lagi time ni. dalam pukul 3pm macam tu.
so jalan jalan dulu. kawan Ema yang aku tak ingat nama tu, (HAHAHA) dia nak singgah Padini Concept Store.
Jadi kami terus ke situ.
Pergh, ramainya orang dalam kedai ni!
mana tak nya, sale habis lah!
sale sampai 70% pun ada taw!
dasyat tak? hahaha.
aku sekarang nak cari seluar.
tapi ramai sangat orang so i dont have any choice here.
patu kak Farah dok belek belek kaca mata yang ada dalam kedai tu.
serius lawa lawa specs kat situ!
aku pulak ada yang berkenan satu specs ni.
dia bulat besar. lol. tapi comel lah specs tu. dapat diskaun 30% lak
im eagerly to buy this thing. siap try lagi. buka dia punya tag, patu pakai. tengok cermin kecil. tak puas ngan cermin kecil, p jalan tengok cermin besar pulak. lol. kelakar pulak bila ingat balik.
but my point is SELUAR.
dengan sedihnya aku meletakkan semula specs tu dengan tagnya di tempat asal.
so sad :(
tapi nak buat macam mana. aku kena utamakan apa yang aku nak. apa kata orang, Mesti Bijak Berbelanja! hahahah
dah tengok kat Padini, aku singgah pulak kat Brands Outlet.
BANYAKNYA T-SHIRT! pergh, rambang mata betul. sungguh kalau aku tak kuat, memang aku beli baju kat situ.
haha. aku terus p kat tempat seluar. style kedai ni, kena beli 2 baru dapat diskaun.
satu seluar RM69.90. kalau dua seluar RM100. seluar dia cantik cantik!
ada berkenan seluar hitam dia,
tapi nak satu je. tapi kalau beli dua baru untung. my budget below RM100 je.
kalau beli dua baru sedap. kalau beli satu rugi lah kan?
jadi kakak pujuk, 'Ija, nanti kita beli kat KL jelah eh? bila aku balik rumah nanti.'
aku pun, hmmm. menurut jelah.
BABAI seluar! huhu
sedih betul. dah habis tengok tu. jam menunjukkan dekat 4.50pm
so terus keluar dari mall dan menuju ke kereta.

kak Farah bawa kami ke Kompleks Teruntum yang tidak jauh dari situ.
dengan bayaran RM2, kami parking kereta di tempat yang disediakan.
kami naik ke cinema, YEAH. ada pun Life of  Pi. pukul 5.25pm
murah taw. hanya RM9 sekepala. hihi.
kami turun balik dan p ke surau.
solat asar.
selesai semua, naik balik. hahaha
penat gak lah. naik turun naik turun. -,-
okay dah masuk panggung.
cerita tu mengambil masa selama 1 jam 45 minit kalau tak silap.
hehe, Life of Pi? hmm. not bad.
yang best dia boleh survive ngan Richard Parker tulah (Y)
kalau aku kat tempat dia, rasanya dah kena baham ngan harimau tu. hahaha
dah habis tengok movie, kembali ke surau semula.
menunaikan solat maghrib.
patu gerak ke Kuantan Parade.
dah sampai situ, banyak gaklah baju, tudung, kain yang dijual.





salah satu gerai yang ada di Kuantan Parade.






aku hanya tengok jelah. sobsob
patu singgah Cool Blog. beli lah sorang satu. yang jadi pilihan aku ialah Mocha! hihi :D
then, RasaMas jadi pilihan kami untuk makan malam.
hmm nyum nyum!




hehe, western food menjadi pilihan hati. Chicken Chop with wedges!








haaa, ni seekor ayam taw. kami share. sebab banyak sangat, kami tak larat nak habiskan. jadi kami bungkus bawa balik. hehe




PERGH, memang kenyang lah makan kat sini. sangat puas hati. (Y)
jam menunjukkan pukul 9 malam.
aku ingat terus balik. rupanya kena tunggu kawan mereka dari Kelantan.
kawan dia tu baru sampai Cherating. lama lagi lah kan?
so kak Farah ajak p TC.
haha. aku dah blur dah. tanya kakak aku.
'Kak, TC tu apa?'
'TC tu Teluk Cempedak lah.'
hahaha. boleh lak shortform eh?
dah macam TS(Times Square) lak. 
tak jauh pun nak ke TC.
TC tu best jugak lah.
tempat untuk rehat rehat. 
ada tempat jual jual juga!
macam kat Downtown.
banyak sangat pilihan baju. pergh. tergoda aku!
tapi aku tak beli pun. hehe
kawan kakak aku yang beli. 
dah habis beli, terus ke tepi pantai. duduk duduk situ.
ramai juga orang.
restoran segera seperti McDonald, KFC ada kat sini.
boleh gak nak singgah kat Chat Time.
7 Eleven pun ada!
haa, banyak kan pilihan?
hehe. moh lah ramai ramai datang ke TC ni. hahah
becoming a promoter :P
dalam pukul 10.45pm, kami terus ke station bus, tunggulah beberapa minit kat situ.
Kak Adda dari Kelantan pun sampai. Alhamdulillah. dah boleh balik.

Sampai je kat Blok Siswi, aku terus masuk bilik, baring.
haaa, sedapnya baring! hahaha
sakit kaki, sakit badan. berjalan ke sana sini.
patu terus mandi.
dah solat semua tu.
kak Farah panaskan baki ayam yang dibungkus tu.
aku kan kuat makan, aku tibai lagi ayam tu sampai habis.
hahaha.
patu esok ramai ramai puasa! seronoknya!
okay then, esok pulak kakak aku ada kelas pukul 11am.
aku tak ke library lagi kod?
mungkin aku duduk dalam bilik je.
buat homework atau nama panggilannya CUTI CUTI TiKL.
hoho. pray for me T.T
aku ni dah lah pemalas orangnya.
hahaha
okaylah, getting late.
need to sleep.
Good night, Assalamualaikum. :)

Sunday, 2 December 2012

Hari Pertama di Pahang

Assalamualaikum!
haaa, penat taw 'TRIP' aku nak ke pahang petang tadi.
mengambil masa 4 jam.
jammed teruk!
bosan sangat tengok kereta, ambil bantal dan tidur.
tak teman pun Aman yang tengah drive.
tapi dia takleh tengok aku senang tidur pun.
asyik asyik kejut aku.
grr!
last last berhenti kat R&R kat Termerloh.
cuci muka.
kan aku ngan abang aku je.
baju takdelah sama warna.
tapi i can feel pandangan orang yang ingat kami ni couple.
hahaha.
taktaulah aku ni perasan ke apa, tapi tak selesa orang pandang macam tu.
kami muhrim okay :D


see, muka segar gila! hahaha. ni nak dekat sampai tempat kakak aku punya hostel.
perasaan aku? hmm.
berdebar-debar! tempat baru kan? lol
seminggu je pun.
dah nak sampai tu, pergh.
padi ada dekat dekat ngan laut.
nice right?
anyway, aku jumpa lembu bersepah-sepah.
ada yang gemuk, ada yang kurus kurus.
aku ingat lembu ada kat luar je,
rupanya kat dalam tempat belajar ema ni pun ada -,-
mungkin tak banyak pembangunan, so pihak U tak kisah kod?
entah lerr.
dalam pukul 6 petang tu, aku sampai.
aku rasa aku takdelah bawa barang banyak sangat.
tapi kakak aku? respon dia. haih. SAKITNYA HATI!
'Ija, kau nak duduk sini sebulan ke? Beg punyalah besar. Toto lagi? Makanan ni stok sebulan ke? hahaha'
'Apa pulak, mana ada banyak. biasalah ni. aku malas lah nak basuh baju. yang toto ngan makanan tu mama yang sediakan. aku bawa je.'
hmmm. apalah. takde maknanya aku nak duduk menumpang kat tempat dia ni sebulan.
aku fikir mama ayah je aku sanggup duduk sini taw!
huhu.
persepsi aku yang pertama apabila masuk je dalam bilik dia.
'Ya Allah, boleh ke aku survive kat sini. bosan gila! nothing. no television'
aku pun cari cari baju. p mandi. solat. bla bla bla.
dah siap semua tu, jenguk kat tingkap.
'WHATTTTT? LEMBU? akak! kenapa ada lembu kat depan ni? banyak lak.'
'hahaha, dah biasalah lembu ada kat depan tu.'
pergh. aneh aneh je kat sini kan -,-
nasiblah TiKL tak gini.
hahaha
alhamdulillah.

then, i took my dinner at McDonald.
hahaha. boikot? hmm. lupakan itu sebentar.
sebab McDonald kat sini ada McCafe! lain dari yang lain.
ada jual variety cakes and coffee.
design bangunan McD kat sini pun cantik taw!


this is not mine. kawan kakak aku punya. saja tangkap, LAWA buih atas coffee tu!


haaa, this is my dinner meal, chocolate  frappe and mcChicken 

aku tak pernah dengar pun McCafe ni.
aku ingat kakak aku main main,
rupa-rupanya betul.
McCafe ni hanya ada 2 cawangan sahaja di Malaysia!
di Pekan, Pahang & di Kuala Lumpur.
jadi kalau teringin, pergilah k? hihi.

Dah balik dari Mcd tu, p singgah kat BKSS. hmm, macam kedai runcit lah.
kakak aku nak beli air mineral. so turun lah dari kereta.
BKSS tu sangat dekat dengan blok siswa (aspura, haha) dengan kafeteria.
pergh, macam macam lelaki aku jumpa. yelah, kat blok siswa mana ada tv. kan tadi ada lawan bola antara Malaysia-Indonesia. dorang layan kat kafe jelah.
and WOW. ini ke Universiti? SERONOKNYA!
sekarang baru aku faham kenapa kita takyah cari boyfie time sekolah,
cari kat U. 
sebab KAT U LEBIH RAMAI LELAKI yang pelbagai characters dan style dan juga BIJAK!
ada sorang lakilaki sama course ngan kakak aku.
jalan dari kafe ke blok siswa ngan kain pelekat. kakak aku tunjuklah dia kat aku.
nama apa ntah. PERGH taknak handsome lak.
hahaha

now aku rasa macam budak U!
tadi kakak aku offer, bila dia p class nanti, aku takyah lah duduk dalam bilik, biar aku duduk library kat sini.
YA ALLAH. BESTNYA! (Y)
serius tak sabar. mana tahu kod kod kena ngorat ngan budak U ke kan? yang handsome punya lah.
hahahaha
gila berangan aku. muka tak lawa nak kena ngorat? memang tak ler :(
huhu. never mind.

hmm, tu jelah kod untuk hari pertama ni?
esok kawan kawan kakak aku plan nak ke kuantan.
harap cuaca baik!
insyaAllah. Good night Ija! p tidur!
terima kasih, Assalamualaikum.

Saturday, 1 December 2012

pahang for a week

buzz!
assalamualaikum!
hihi.
sekarang memang tengah online dalam kereta.
mula niatnya nak masukkan movie dalam pendrive,
boleh lah tengok movie dalam kereta kan.
tup tup nampak broadband lak.
selesai je transfer movie,
terus online.
hahaha.
sebenarnya sekarang tengah on the way ke pahang.
aku nak duduk sana seminggu.
huwaaaa, sedih sangat tinggalkan rumah selama seminggu.
tambah pula bukan ayah mama yang hantar.
now im with my oldest brother, Aman.
dia lah drive.
mungkin perjalanan mengambil masa dalam 3 jam. boringggggggg!
sebab tu kena tengok movie!
hehe.
kk. lets me story why i must stay in pahang.
my parents will celebrate their anniversary at Langkawi Island!
and leaving me here :(
hahaha, tak kisah pun sebenarnya.
aku sedih sebab kena duduk ngan kakak aku je.
aku boleh je duduk kat rumah sorang sorang like always.
tapi my parents tak percaya kat aku pulak.
huhu.
and hari ni first time ditinggalkan dengan IC sendiri.
HAHAHAH
selalunya pakai IC photostat je.
mama ayah baru sedar kod aku dah besar?
lol
pape jea.
anyway hari ni dah 1 hb Disember 2012.
aku bawa banyak buku nak ke sana! percaya tak?
imagine lah aku belajar kat sana nanti.
hahaha
aku taktau lah boleh jalan ke tak,
tapi niat nak belajar tu dah berputik di hati
cewaaahhh
hahaha.
okay lah. bateri laptop dah low.
Have a nice day ZATI!
Assalamualaikum.