Monday, 31 December 2012

azam 2013

hello, Assalamualaikum :D
hihi
seronok betul hari ni!
sebelum menamatkan tahun 2012,
dan akan kembali ke sekolah pada 1hb Januari ni,
aku sempat juga berskyping dengan my girls!
hahaha, yeah, memang kami baru buat skype pun.
sebab kami dah tak sempat nak jumpa dah.
esok pulak aku kena siap packing barang barang keperluan asrama.
mesti esok keadaan sangat sibuk, sebab tu aku update sekarang.
dan aku dah takde masa nak updating before aku masuk sekolah nanti.
hahah.

so lets we talking about my FUTURE. i mean my new azam in 2012. opsss, 2013!
  1.  Inginkan perubahan diri.

    ya, aku perlu ubah diri aku sebelum inginkan kejayaan. aku memang seorang pemalas. seorang yang selamba yang tak kisah tentang apa yang berlaku sekelilingnya. aku memang seperti katak dibawah tempurung kerana aku tak banyak membaca, tak banyak memikirkan kenapa ini terjadi, kenapa itu berlaku. sampai bila aku nak jadi macam ni kan? nak berjaya mestilah kena berpengetahuan luas. baru BM dalam SPM A+ maa. lol
  2. Solat yang cukup

    aku bukan ustazah. aku bukan kuat agama sangat pun. tapi aku terfikir, aku dah besar. sampai bila aku nak leka, aku nak main main kan? jadi, aku berharap aku menjadi makin serius tentang hal-hal yang penting untuk kita lakukan. contohnya perkara wajib yang kita harus lakukan, iaitu cukup solat 5 waktu. kalaulah azam ke dua ku ini berjaya. Masya Allah, memang Allah akan sentiasa memberkati aku dan sentiasa memberi hidayah :')
  3. Menjadi seorang anak yang jaga adab

    okay, aku mengaku. aku banyak kali sakitkan hati mama & ayah. aku selalu buat mereka marah. sebab apa? sebab aku tak dengar kata. aku degil, suka buat ikut kepala aku je. tapi aku tak sedar, mereka tetap sayangkan aku walaupun aku macam tu. aku terfikir, betapa susahnya hidup mama & ayah dulu untuk besarkan aku dengan abang kakak aku dulu. macam ni aku balas? no, aku dah form 5. aku kena berubah. jadi anak yang solehah. menjadi anak yang terbaik untuk mama & ayah. insyaAllah.
  4. Merealisasikan impianku

    apakah impian aku? aku tak reti nak beza antara impian & cita-cita. memang jauh maknanya. tapi bagi aku itu adalah satu tujuan. aku nak berjaya dunia & akhirat. Aku nak mempunyai keputusan yang cemerlang dalam SPM. kalau aku bersungguh-sungguh belajar, dengar kata cikgu serta ibu bapa, tidak tinggal solat, dan selalu beristiqamah mesti aku boleh buatkan? InsyaAllah. :)
  5. Hanya berkata-kata yang penting sahaja

    hahaha, aku tahu azam yang ke lima ni sangat susah! aku ni dah lah banyak mulut. suka bercakap. banyak gelak. dan aku jenis yang lemah ingatan. dengan cara ini insyaAllah aku boleh kuatkan ingatan. selain itu, takdelah ilmu banyak keluar balik kan? sebab tak banyak cakap. tapi aku berharap aku tidak menjadi seorang yang sombong, takbur. Nauzubillah, minta dijauhkan ^^

haa, itu je kod azam aku untuk tahun 2013?
aku taknak lah buat azam banyak banyak, kang tak larat aku nak tunaikan.
bak kata pepatah, sikit sikit lama lama jadi bukit :D
hahaha, tapi television pulak salu kata, hidup ini perlu ada transformasi.
YEAHHH, betul tu ;)
aku kena siap sedia untuk jadi perempuan yang kuat!
dah tak boleh excuse excuse.
no more reasons. belajar aje okay ZATIEEEEEE ^^
hahah. getting late!
good night, semoga tak berhabuk blog aku nanti. lol
assalamualaikum :')

No comments:

Post a Comment