Monday, 3 December 2012

Hari Kedua di Pahang

Assalamualaikum.
jeng jeng jeng!
suspen nya hari ni!
ke mana lah kan kakak aku nak bawa aku jenjalan kat area Kuantan ni?
hmm.
sebelum gerak ke Kuantan dengan kereta Kak Farah,
aku, Ema dan kak Farah makan tengahari kat Kafe.
dalam pukul 1.30pm lah.
kak Farah kata, waktu macam ni dah nak habis lauk dah.
datang je kafe tu, alhamdulillah. ada juga lauk yang masih berbaki.
aku tengok keliling. ramai juga lelaki yang baru nak makan.
ada muka yang baru bangun tidur lah, ada muka baru pas mandi lah.
budak siswa memang begitu ke? hahaha. forget it.
lauk pilihan aku ialah telur sambal & ayam paha kicap.
ayam dia keras sikit tapi sedap lah. boleh lah kalau nak buat perut kenyang kan.
lauk itu bersama dengan nasi kosong. totally RM2.80
murah tak? kalau nak bezakan dengan TiKL. hmmmmmm
TiKL lagi mahal kod? hahaha.
pape jea

dah balik dari kafe, balik semula ke blok siswi sebentar.
air yang dibeli tadi memang manis.
kak Farah ni jenis tak minum air yang manis sangat,
jadi dia tukar jus tembikai dia dengan bekas air, dan tambah sedikit air mineral.
sementara tu aku ngan kakak aku tunggu kawan dia (tak ingat nama pulak) dok siap-siap.
dalam pukul 2 tu, YEAH KUANTAN, here I come!
hahaha.
sampai je kat kuantan, terus p kat East Coast Mall.
Ya Allah, banyak sungguh kereta. susah betul nak cari parking.
kami sama sama cari parking. TUPPP, ema nampak satu parking tak jauh dari mall.
Alhamdulillah. hehehe
niat utama nak p mall ni sebab nak tengok wayang. nak tengok cerita Life of Pi.
teruslah naik ke cinema.
alaaaa, lambatnya start. pukul 7.15pm.
'hmm, takpe lah. kita boleh tengok kat Kompleks Teruntum.' kata kak Farah.

Awal lagi time ni. dalam pukul 3pm macam tu.
so jalan jalan dulu. kawan Ema yang aku tak ingat nama tu, (HAHAHA) dia nak singgah Padini Concept Store.
Jadi kami terus ke situ.
Pergh, ramainya orang dalam kedai ni!
mana tak nya, sale habis lah!
sale sampai 70% pun ada taw!
dasyat tak? hahaha.
aku sekarang nak cari seluar.
tapi ramai sangat orang so i dont have any choice here.
patu kak Farah dok belek belek kaca mata yang ada dalam kedai tu.
serius lawa lawa specs kat situ!
aku pulak ada yang berkenan satu specs ni.
dia bulat besar. lol. tapi comel lah specs tu. dapat diskaun 30% lak
im eagerly to buy this thing. siap try lagi. buka dia punya tag, patu pakai. tengok cermin kecil. tak puas ngan cermin kecil, p jalan tengok cermin besar pulak. lol. kelakar pulak bila ingat balik.
but my point is SELUAR.
dengan sedihnya aku meletakkan semula specs tu dengan tagnya di tempat asal.
so sad :(
tapi nak buat macam mana. aku kena utamakan apa yang aku nak. apa kata orang, Mesti Bijak Berbelanja! hahahah
dah tengok kat Padini, aku singgah pulak kat Brands Outlet.
BANYAKNYA T-SHIRT! pergh, rambang mata betul. sungguh kalau aku tak kuat, memang aku beli baju kat situ.
haha. aku terus p kat tempat seluar. style kedai ni, kena beli 2 baru dapat diskaun.
satu seluar RM69.90. kalau dua seluar RM100. seluar dia cantik cantik!
ada berkenan seluar hitam dia,
tapi nak satu je. tapi kalau beli dua baru untung. my budget below RM100 je.
kalau beli dua baru sedap. kalau beli satu rugi lah kan?
jadi kakak pujuk, 'Ija, nanti kita beli kat KL jelah eh? bila aku balik rumah nanti.'
aku pun, hmmm. menurut jelah.
BABAI seluar! huhu
sedih betul. dah habis tengok tu. jam menunjukkan dekat 4.50pm
so terus keluar dari mall dan menuju ke kereta.

kak Farah bawa kami ke Kompleks Teruntum yang tidak jauh dari situ.
dengan bayaran RM2, kami parking kereta di tempat yang disediakan.
kami naik ke cinema, YEAH. ada pun Life of  Pi. pukul 5.25pm
murah taw. hanya RM9 sekepala. hihi.
kami turun balik dan p ke surau.
solat asar.
selesai semua, naik balik. hahaha
penat gak lah. naik turun naik turun. -,-
okay dah masuk panggung.
cerita tu mengambil masa selama 1 jam 45 minit kalau tak silap.
hehe, Life of Pi? hmm. not bad.
yang best dia boleh survive ngan Richard Parker tulah (Y)
kalau aku kat tempat dia, rasanya dah kena baham ngan harimau tu. hahaha
dah habis tengok movie, kembali ke surau semula.
menunaikan solat maghrib.
patu gerak ke Kuantan Parade.
dah sampai situ, banyak gaklah baju, tudung, kain yang dijual.





salah satu gerai yang ada di Kuantan Parade.






aku hanya tengok jelah. sobsob
patu singgah Cool Blog. beli lah sorang satu. yang jadi pilihan aku ialah Mocha! hihi :D
then, RasaMas jadi pilihan kami untuk makan malam.
hmm nyum nyum!




hehe, western food menjadi pilihan hati. Chicken Chop with wedges!








haaa, ni seekor ayam taw. kami share. sebab banyak sangat, kami tak larat nak habiskan. jadi kami bungkus bawa balik. hehe




PERGH, memang kenyang lah makan kat sini. sangat puas hati. (Y)
jam menunjukkan pukul 9 malam.
aku ingat terus balik. rupanya kena tunggu kawan mereka dari Kelantan.
kawan dia tu baru sampai Cherating. lama lagi lah kan?
so kak Farah ajak p TC.
haha. aku dah blur dah. tanya kakak aku.
'Kak, TC tu apa?'
'TC tu Teluk Cempedak lah.'
hahaha. boleh lak shortform eh?
dah macam TS(Times Square) lak. 
tak jauh pun nak ke TC.
TC tu best jugak lah.
tempat untuk rehat rehat. 
ada tempat jual jual juga!
macam kat Downtown.
banyak sangat pilihan baju. pergh. tergoda aku!
tapi aku tak beli pun. hehe
kawan kakak aku yang beli. 
dah habis beli, terus ke tepi pantai. duduk duduk situ.
ramai juga orang.
restoran segera seperti McDonald, KFC ada kat sini.
boleh gak nak singgah kat Chat Time.
7 Eleven pun ada!
haa, banyak kan pilihan?
hehe. moh lah ramai ramai datang ke TC ni. hahah
becoming a promoter :P
dalam pukul 10.45pm, kami terus ke station bus, tunggulah beberapa minit kat situ.
Kak Adda dari Kelantan pun sampai. Alhamdulillah. dah boleh balik.

Sampai je kat Blok Siswi, aku terus masuk bilik, baring.
haaa, sedapnya baring! hahaha
sakit kaki, sakit badan. berjalan ke sana sini.
patu terus mandi.
dah solat semua tu.
kak Farah panaskan baki ayam yang dibungkus tu.
aku kan kuat makan, aku tibai lagi ayam tu sampai habis.
hahaha.
patu esok ramai ramai puasa! seronoknya!
okay then, esok pulak kakak aku ada kelas pukul 11am.
aku tak ke library lagi kod?
mungkin aku duduk dalam bilik je.
buat homework atau nama panggilannya CUTI CUTI TiKL.
hoho. pray for me T.T
aku ni dah lah pemalas orangnya.
hahaha
okaylah, getting late.
need to sleep.
Good night, Assalamualaikum. :)

No comments:

Post a Comment