Sunday, 2 December 2012

Hari Pertama di Pahang

Assalamualaikum!
haaa, penat taw 'TRIP' aku nak ke pahang petang tadi.
mengambil masa 4 jam.
jammed teruk!
bosan sangat tengok kereta, ambil bantal dan tidur.
tak teman pun Aman yang tengah drive.
tapi dia takleh tengok aku senang tidur pun.
asyik asyik kejut aku.
grr!
last last berhenti kat R&R kat Termerloh.
cuci muka.
kan aku ngan abang aku je.
baju takdelah sama warna.
tapi i can feel pandangan orang yang ingat kami ni couple.
hahaha.
taktaulah aku ni perasan ke apa, tapi tak selesa orang pandang macam tu.
kami muhrim okay :D


see, muka segar gila! hahaha. ni nak dekat sampai tempat kakak aku punya hostel.
perasaan aku? hmm.
berdebar-debar! tempat baru kan? lol
seminggu je pun.
dah nak sampai tu, pergh.
padi ada dekat dekat ngan laut.
nice right?
anyway, aku jumpa lembu bersepah-sepah.
ada yang gemuk, ada yang kurus kurus.
aku ingat lembu ada kat luar je,
rupanya kat dalam tempat belajar ema ni pun ada -,-
mungkin tak banyak pembangunan, so pihak U tak kisah kod?
entah lerr.
dalam pukul 6 petang tu, aku sampai.
aku rasa aku takdelah bawa barang banyak sangat.
tapi kakak aku? respon dia. haih. SAKITNYA HATI!
'Ija, kau nak duduk sini sebulan ke? Beg punyalah besar. Toto lagi? Makanan ni stok sebulan ke? hahaha'
'Apa pulak, mana ada banyak. biasalah ni. aku malas lah nak basuh baju. yang toto ngan makanan tu mama yang sediakan. aku bawa je.'
hmmm. apalah. takde maknanya aku nak duduk menumpang kat tempat dia ni sebulan.
aku fikir mama ayah je aku sanggup duduk sini taw!
huhu.
persepsi aku yang pertama apabila masuk je dalam bilik dia.
'Ya Allah, boleh ke aku survive kat sini. bosan gila! nothing. no television'
aku pun cari cari baju. p mandi. solat. bla bla bla.
dah siap semua tu, jenguk kat tingkap.
'WHATTTTT? LEMBU? akak! kenapa ada lembu kat depan ni? banyak lak.'
'hahaha, dah biasalah lembu ada kat depan tu.'
pergh. aneh aneh je kat sini kan -,-
nasiblah TiKL tak gini.
hahaha
alhamdulillah.

then, i took my dinner at McDonald.
hahaha. boikot? hmm. lupakan itu sebentar.
sebab McDonald kat sini ada McCafe! lain dari yang lain.
ada jual variety cakes and coffee.
design bangunan McD kat sini pun cantik taw!


this is not mine. kawan kakak aku punya. saja tangkap, LAWA buih atas coffee tu!


haaa, this is my dinner meal, chocolate  frappe and mcChicken 

aku tak pernah dengar pun McCafe ni.
aku ingat kakak aku main main,
rupa-rupanya betul.
McCafe ni hanya ada 2 cawangan sahaja di Malaysia!
di Pekan, Pahang & di Kuala Lumpur.
jadi kalau teringin, pergilah k? hihi.

Dah balik dari Mcd tu, p singgah kat BKSS. hmm, macam kedai runcit lah.
kakak aku nak beli air mineral. so turun lah dari kereta.
BKSS tu sangat dekat dengan blok siswa (aspura, haha) dengan kafeteria.
pergh, macam macam lelaki aku jumpa. yelah, kat blok siswa mana ada tv. kan tadi ada lawan bola antara Malaysia-Indonesia. dorang layan kat kafe jelah.
and WOW. ini ke Universiti? SERONOKNYA!
sekarang baru aku faham kenapa kita takyah cari boyfie time sekolah,
cari kat U. 
sebab KAT U LEBIH RAMAI LELAKI yang pelbagai characters dan style dan juga BIJAK!
ada sorang lakilaki sama course ngan kakak aku.
jalan dari kafe ke blok siswa ngan kain pelekat. kakak aku tunjuklah dia kat aku.
nama apa ntah. PERGH taknak handsome lak.
hahaha

now aku rasa macam budak U!
tadi kakak aku offer, bila dia p class nanti, aku takyah lah duduk dalam bilik, biar aku duduk library kat sini.
YA ALLAH. BESTNYA! (Y)
serius tak sabar. mana tahu kod kod kena ngorat ngan budak U ke kan? yang handsome punya lah.
hahahaha
gila berangan aku. muka tak lawa nak kena ngorat? memang tak ler :(
huhu. never mind.

hmm, tu jelah kod untuk hari pertama ni?
esok kawan kawan kakak aku plan nak ke kuantan.
harap cuaca baik!
insyaAllah. Good night Ija! p tidur!
terima kasih, Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment