Monday, 25 March 2013

wink wink BOTAK JUVANA

hihihihihihihihihi
assalamualaikum!
krik krik
pagi tadi aku jumpa my girls! which are Zafirah, Azira & Puteri Balqis.
seronok betul jumpa dorang ni, kalau tak gelak, tak sah taw!
acah acah je pagi tadi nak p jogging. tengok tengok tak gerak pun sebab poe lambat sangat.
8.30am baru dia sampai rumah azie. matahari dah naik, takan nak jog kan?
tak syok lah. huhu
dah tak jadi jogging tu, teruslah kami jalan ke gerai nasi lemak. dah beli apa semua, come back to azira's house.
makan makan, sembang, main game. tengok Running Man. lol
patu dalam pukul 2.00pm aku balik. sebab mama dok call je suruh balik rumah.
okay, this is not my point.
today i want to story about my school!
hihi
okay, last Thursday, 21 March 2013, ada 1 program Gen-Y yang melibatkan pelajar kos perakaunan sahaja di sekolah aku. apakah?
hahah, Gen-Y ni short form untuk Generasi Y.
me, you, the teenagers! semua generasi Y.
mereka yang menganjurkan Gen-Y ni menjemput artis sorang ni taw.
im not really know him.
tapi bila tahu dia pelakon Juvana iaitu Botak.
terus aku macam WOW!
thats cool!
hahah, bila dia masuk je bilik kejuruteraan awam, all girls were yelling!
ouch, kuat sangat! hahaha, ramai betul peminat dia.
he went my school talked about his career.
macam mana dia boleh berjaya jadi seorang pelakon.
macam mana dia usaha apa semua.
yang aku ingat sampai sekarang, dia kata "Ilmu & Iman mesti kita kena ada!"
hahah, lawak je. kawan aku kata dia ada nyanyi satu lagu.
tapi aku tak sempat dengar. time tu aku dok sibuk cari senior aku tanya result spm.
ngeh ngeh

here, take a look! 

awww, style wok! aku yang tangkap gambar dia taw!
mana dapat camera? hihi, pakai hp si outsider, Hafizah Mt Idris :D

lepas je dia berucap, waktu rehat. iaitu waktu lunch lah kan.
sebelum makan tu, kami semua serbu dia.

ada girls minta tanda tangan (most juniorsssss)



aku lak sibuk tangkap gambar dengan trofi yang dia dapat.

 see? HIHI

 dah habis semua tu. barulah p makan.
walao, siap ada katering bagai kod.
masakan sedap gilaaaak
boleh tambah lagi.
elok betul aku makan dua ketul ayam. opsss HAHAHA
dah habis makan, kami solat di surau.
around 2 o'clock.
baru masuk bilik balik.
orang lain pula kasi speech.
iaitu Msister Billionaire! 
dorang businesswomen yang berjaya kod!
umur baru 20-an.
perghh, memang SUPERB!
salute sangat dorang ni.
both of them dulu sekolah kat Seseri & TKC kod.
jangan main main!
depa stok sekolah pandai pandai.
haih. aku pun nak berjaya macam dorang!
aku ada gambar bersama mereka & my girlfriends.
tapi malas lah nak tunjuk.
one of them tak tutup aurat, so faham faham jelah.
hahaha
kk thats all.
my story stop here.
esok aku nak gerak pulapol pula.
sempena Hari Polis.
siapa polis? hmm. pakcik jiran sebelah.
ikut anak anak kecil dia, so aku kena jadi babysitter lah. hoho :O 
okay, good night! assalamualaikum :)

Saturday, 23 March 2013

SPM: The Huge Thing in My Life

ehem, assalamualaikum!
hari ni baru aku balik rumah setelah 3 minggu lamanya tak balik.
tadi Aman, Ema & Mama yang jemput aku. seronok :D
semangat gila aku balik. sampaikan buku homeworks boleh tertinggal dalam bilik bacaan.
hahaha
disebabkan MSSM nak tumpang asrama tikl aspuri & aspura, maka locker setiap pelajar  asrama hendaklah dikosongkan. tapi ada gak orang taknak kosongkan locker, jadi dibenarkan untuk menguncinya. cuma kalau apa apa terjadi, adalah tanggungjawab sendiri.
arahan ini dikeluarkan sebab ada kes sebelum ni, pelawat datang tumpang asrama, depa p kopak locker pelajar. jahatkan?
jadi langkah berjaga-jaga, pelajar kenalah kosongkan locker.
aku pula taknak ambil risiko. heheh. aku angkut semua barang dalam locker, aku bawa balik.
2 beg besar aku angkat masuk dalam bonet kereta. alatan mandi & baldi pun aku bawa balik.
hahaha. rasa macam nak pindah pula :P
sebelum balik tu, aku salam bersalaman dengan budak dorm. side aku jelah. side sebelah tak sempat. disebabkan masa tu dalam pukul 1.30pm, aku kena bayar RM5 untuk dapat kad outing. cekik darah tak? why? sebab dorm aku kena tahan kad outing dan akan dikeluarkan pukul 3.00pm.
lol
dorm aku kena tahan pun sebab tak light off je.
btw, bukan salah side aku pun. side sebelah yang salah.
elok elok dah light off pukul 11.45pm, pukul 1am depa p on balik.
so sama jelah light off atau tak kan?
jadi side aku lah jadi mangsa.
aku rasa, aku je yang sanggup bayar RM5 untuk balik awal.
aku memang kena balik awal sebab my family dah sampai.
takan nak tunggu pukul 3 baru gerak kan?
so aku jalan ke bilik warden, aku panggil mpp, hulur duit.
dan dapatlah kad outing berharga RM5 tu HAHAHAH

lepas tu masuk kereta. mama tanya nak p mana? aku jawablah, nak p Mid Valley! mengidam Cream Puff!
nasib baik lah aman driver. at least dia tahulah jalan ke Mid. kalau mama yang driver without guider confirm terus balik rumah.
hahaha

Dalam perjalanan nak ke Mid Valley dari sekolah tu, aku terbayang-bayang muka kak Anje naik atas pentas masa penyampaian slip peperiksaan SPM semalam.
she got 10A's and being a best student for 2012 in TIKL! wow seriously AWESOME!
dah lah kak anje tu softballer. pandai, otak geliga!
pergh, seronoknya jadi macam dia!
sungguh aku teringin nak naik pentas macam dia tu. bukan guru kelas yang kasi, tapi pengetua yang kasi slip tu.
walao, confirm mama menangis teresak esak tengok kejayaan aku.
HAHAHAHA. kata kata itu satu doa jaaaaaaaa. insyaAllah berjaya. like i said sebelum ni.
aku takleh main main dah. kadang-kadang aku fikir, aku dah penat untuk bermain main.
aku rasa aku tak pernah serius dalam pelajaran. so aku kena dah start belajar continuously. aku nak jadi macam kak anje. nak banggakan mama ayah. nak ajak mama ayah naik pentas jugak. nak p luar negara. nak gaji banyak. nak dapat biasiswa. so, aku kena belajar sungguh sungguh. tanya kalau tak faham. jangan tidur ija jangan tidur dalam kelas. focus penting. buat nota ringkas. pandai bahagi masa antara belajar ngan main sofbol. bangun awal tu penting! 

YEMMEH, SAYA YAKIN BOLEH DAPAT



tengah dok berangan-angan tu, sampai pun kat mid valley.
aku terus suruh kakak aku cari kedai cream puff tu, Beard Papa's kalau tak silap.
hehehe.
cari cari punya cari, jumpa pun kedai dia.
aku terus beratur. aku lah yang pilih cream puffsss tu.
aku beli 6 biji cream puff. banyak tak?
hahahah. lawak lah kalau aku yang makan sorang, mestilah untuk family jugak.
hihi
dah beli cream puff tu, jalan jalan lagi.
jumpa pulak Tako Tao.
wuhuu, aku sekarang penggemar Tako Tao! lagi lagi octopus punya. wuhuu, lazatnya!
itu kakak aku yang belanja taw. beli 3 set Tako Tao. heheh
2 set octopus & 1 set prawn.
cepat cepat p kat kereta. masuk je, terus makan Tako Tao. makan lah panas panas. sangat sedap!
mama yang tak pernah makan pun kata sedap. hihi

patu aman keluarkan kereta dari bangunan Mid Valley.
terus menuju ke rumah.
akhirnya, jejak gak kat rumah, setelah 3 minggu tak balik.
rindu taw! hihi
kk dah dah. cerita sampai sini je. baibai assalamualaikum :D

Sunday, 3 March 2013

hiba

Hai, hmm. Assalamualaikum.
Okay aku baru bangun tidur.
Mama kejut tadi. Huhu.
mama pesan belajar rajin-rajin.
Mama minta maaf sebab tak sempat sembang dengan ija.
Mama tanya, belajar okay?
Akaun boleh ikut?
Disebabkan aku mamai, baru bangun tidur. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.
Mama pesan beli buku kat pustaka rakyat.
Nanti mama tinggalkan kad di atas meja.
Ija solat tak? Nanti p solat eh? Mama pergi kerja dulu.
I love you, ija! Mama melambai-lambai tangannya Sebelum keluar dari bilik.
Aku pun balas, i love you too.
Tamat sebuah perbualan yang singkat.
Ya Allah. sedihnya. Aku tak kisah pun mama sibuk bekerja.
Takpe, aku dah lama faham. dari dulu lagi ija dah faham, Ma.
Ija tak sangka mama boleh minta maaf kat ija?
Patutnya ija yang kena minta maaf kat mama. Bukan mama!
hmm. mungkin mama serba salah? aku balik rumah semalam.
Mama kerja pagi tapi balik lewat.
Aku balik rumah dalam pukul 3pm. tak lama lepas ayah hantar aku sampai rumah, ayah keluar balik ke pejabat.
Tinggallah aku sorang sorang.
Huhuh, takpelah. mama takyah minta maaf kat aku pun. Bukan salah mama. Mama cari rezeki untuk aku juga kan?
Ija harap ija dapat jumpa dengan mama ayah lagi.
IsyaAllah ija akan usaha lebih tahun ini.
Ija pun nak tengok mama ayah bangga ada anak yang berjaya kan?
Huhu. Okay ini semua luahan hati. Aku kena kuat!
Ija kena kuaaaaaaaaaaaaattttttttt!
Ija sayang mama ayah! Huhu
Assalamualaikum.