Sunday, 3 March 2013

hiba

Hai, hmm. Assalamualaikum.
Okay aku baru bangun tidur.
Mama kejut tadi. Huhu.
mama pesan belajar rajin-rajin.
Mama minta maaf sebab tak sempat sembang dengan ija.
Mama tanya, belajar okay?
Akaun boleh ikut?
Disebabkan aku mamai, baru bangun tidur. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.
Mama pesan beli buku kat pustaka rakyat.
Nanti mama tinggalkan kad di atas meja.
Ija solat tak? Nanti p solat eh? Mama pergi kerja dulu.
I love you, ija! Mama melambai-lambai tangannya Sebelum keluar dari bilik.
Aku pun balas, i love you too.
Tamat sebuah perbualan yang singkat.
Ya Allah. sedihnya. Aku tak kisah pun mama sibuk bekerja.
Takpe, aku dah lama faham. dari dulu lagi ija dah faham, Ma.
Ija tak sangka mama boleh minta maaf kat ija?
Patutnya ija yang kena minta maaf kat mama. Bukan mama!
hmm. mungkin mama serba salah? aku balik rumah semalam.
Mama kerja pagi tapi balik lewat.
Aku balik rumah dalam pukul 3pm. tak lama lepas ayah hantar aku sampai rumah, ayah keluar balik ke pejabat.
Tinggallah aku sorang sorang.
Huhuh, takpelah. mama takyah minta maaf kat aku pun. Bukan salah mama. Mama cari rezeki untuk aku juga kan?
Ija harap ija dapat jumpa dengan mama ayah lagi.
IsyaAllah ija akan usaha lebih tahun ini.
Ija pun nak tengok mama ayah bangga ada anak yang berjaya kan?
Huhu. Okay ini semua luahan hati. Aku kena kuat!
Ija kena kuaaaaaaaaaaaaattttttttt!
Ija sayang mama ayah! Huhu
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment